PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS [AMALAN YANG DICINTAI ALLAH]




AMALAN YANG DICINTAI ALLAH


أَبَا عَمْرٍو الشَّيْبَانِيَّ يَقُولُ حَدَّثَنَا صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَشَارَ إِلَى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي

_*Abu Amru Asy Syaibani berkata, "Pemilik rumah ini menceritakan kepada kami -seraya menunjuk rumah Abdullah - ia berkata, "Aku pernah bertanya kepada Nabi SAW, "Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?" Baginda menjawab: "Solat pada waktunya." Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa kagi?" Baginda menjawab: "Kemudian berbakti kepada kedua orang tua."'Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa lagi?" Baginda menjawab: "Jihad fi sabilillah." Abdullah berkata, "Baginda sampaikan semua itu, sekiranya aku minta tambah, niscaya baginda  akan menambahkannya untukku."*_ (HR Bukhari No: 496) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Pelbagai amal solleh dituntut untuk kita lakukan. Ada amal yang utama untuk dilakukan, ada amal yang paling dicintai Allah bergantung kepada keadaan, masa dan tempat.

2.  Tiga amalan yang paling dicintai Allah:

a.  Solat pada waktunya – berusaha melaksanakan kewajipan ibadat kita dengan solat di awal waktu

b.  Berbakti kepada ibu bapa – berusaha melakukan kebaikan, berbakti kepada kedua ibu bapa dan mengembirakannya – sama ada semasa dia hidup mahupun selepas mati.

c.  Berjihad dijalan Allah – berkorban harta, diri, keselesaan untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar

Berusahalah melakukan amal yang dicintai Allah.


01hb Januari  2016
02hb Rabiul Akhir 1438H


 

 ~ Bonde Senyum Riang ~



Catat Ulasan

0 Ulasan