Assalamualaikum Dan Selamat Pagi.
Hai Reader Semua,
Moga anda semua berada dalam Rahmat Allah sentiasa.
Isnin 16 Januari 2017 Bertempat di Sime Darby Convention Centre (SDCC) Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Bonde telah menghadiri majlis Pelancaran yang diadakan oleh GT Group Malaysia Fintech Ecosystem Conference & GT Dollar Grand Launch.
MAJLIS PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA DAN PERSIDANGAN MALAYSIAN FINTECH ECOSYSTEM
YB Datuk Mas Ermieyanti Binti Samsudin sedangan menyampaikan ucapan.
Mr. Patric Chew (CEO GT Dollar) sedang menyampaikan ucapan.
APA ITU GT DOLLAR?
GT Dollar merupakan penyelesaian untuk anda yang tidak mempunyai masa yang banyak dan gaya hidup yang terlalu sibuk mengalami kos sara hidup yang tinggi dengan e-wallet.
GT Dollar membantu para peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan memperolehi pelanggan baru. Ia juga membantu pengguna untuk meneroka dan mendapat manfaat daripada tawaran, diskaun dan promosi di peringkat antarabangsa.
Menerusi platform GT Dollar, perniagaan boleh berkembang dengan lebih maju dengan cara mendedahkan produk serta perkhidmatan anda di Internet dan platform mudah alih.
Ianya menjadi iklan viral dan ramai pelanggan melihat perniagaan anda, ia juga berfungsi mengeluarkan kredit maya dan banyak promosi istimewa ditawarkan. (kene rajin explore)
Membolehkan anda berkomunikasi secara langsung dan serta-merta dengan pengguna sedia ada dan yang baru.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyanti Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan bersama-sama dengan Mr. Patric Chew (CEO GT Dollar) dan Dr Paul Zhang Baolu (President & CEO of GT Group Of Companies).
APPLICATION GT DOLLAR
Untuk anda yang hendak mengenali GT Dollar dengan lebih dekat, Dapatkan aplikasi GT Dollar di App Store (ios) dan Play Store (android).
Jika anda muat turun sekarang, anda akan dapat kredit percuma RM300 terus dalam akaun anda.
Menarik bukan? jadi apa tunggu lagi segeralah muat turun app GT Dollar untuk menabung wang untuk anda membeli belah dan wang tunai bila sudah banyak nanti boleh 'cash out'.
Bahagianya Bonde yang datang pada Majlis Pelancaran, Kebetulan Bonde tak Install lagi App GT Dollar, Jadi Bonde muat turun semasa Majlis Pelancaran hari tu, Alhamdullilah secara automatik dapat kredit RM 500.00 yeayyyy memang dapat RM 500 tak tipu! lepas tu kene tangkap bee untuk naikkan akaun dekat GT Dollar.
GT MOBILE
GT ROBOT-WONDER BOY
Selain daripada GTDollar (apps), terdapat juga GT Mobile, GT Toll, dan GT Robot.
Pada Majlis pelancaran GT Dollar yang lepas, GT Group telah memperkenalkan GT Robot juga dikenali sebagai "Wonder Boy" .
Bonde sangat kagum dengan ciptaan-ciptaan yang hebat belaka dari GT Group ini. Bersyukur sangat kerana diberi peluang datang dan melihat sendiri teknologi moden di majlis pelancaran tersebut.
Moga dengan adanya produk teknologi baru moden dan canggih ini, dapat memberi manfaat serta membantu memajukan lagi teknologi yang ada di Malaysia setanding negara lain.
1 Ulasan
wah menarik tentang GT Dollar
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.