Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Hai Reader semua,
Hari ini adalah hari pertama Fatin bersekolah di sesi pagi dan 2 tahun sebelumnya semasa tingkatan 1 & 2 disesi petang. Bonde memulakan peranan & tanggungjawab sebagai alarm seawal 6.00 pagi.
Fatin kene bangun awal tahun ni... risau juga Bonde sebab Fatin sudah terbiasa bangun lambat tahun lepas dan sebelumnya, maklumlah sesi petang mula sekolah pada jam 12.45 baru dia nak bersiap dan Van akan datang pada jam 1.15 petang.
VAN SEKOLAH
Sehari sebelum mulanya sesi persekolahan hari ini Bonde dah call Acik yang membawa Van sekolah tu, tanya jam berapa perlu ready untuk tunggu dia maklumkan jam 6.45 pagi... baiklah pagi tadi memang dah excited dan berkobar-kobar nak pergi sekolah sampai jam 7.00 pagi van masih tak muncul. hingga Kanda menefon Acik van sekolah tersebut. Bila ditanya.. Acik kenapa lambat dah tak ambik lagi ni? rupanya dia terlupa nak ambik Fatin. Naseb kami masih ada dirumah dan akhirnya Kanda yang hantar Fatin.
Esok Acik van mohon call jam 6.30 pagi ingatkan dia... (jadi alarm untuk Acik van pulak) moga dipermudahkan urusan esok hari InsyaAllah.
Persiapan Fatin untuk sesi persekolahan hari tu, Bonde ada beli dibeberapa buah tempat.
KASUT, STOKIN & TUDUNG
Masa pergi ke Kedai Hari-Hari... dekat 7 Avenue Giant Nilai hari tu, Bonde ingat nak beli baju Fatin dekat situ.. tapi tak ada saiz, Dekat Hari-hari Bonde sempat beli Kasut sekolah, tudung dan stokin sahaja.
ALAT TULIS
Untuk Alat tulis pula, Bonde beli di Kedai Popular Bookstore dekat 7 Avenue Giant Nilai dekat belah atas. Disebabkan ada 'member card' adalah banyak juga potongan dan promosi untuk ahli, memang puas hati fatin survey peralatan sekolah Bonde pulak tengok novel-novel dekat rak novel hi hi hi.
BUKU SEKOLAH DAN BUKU LATIHAN
Buku sekolah dan buku latihan Bonde dah beli dan buat bayaran pada 29/12/2016. Seawal 8.00 pagi dan beratur nak beli, sebab dapat info group whatsapp sekolah berkaitan kedai koperasi telah dibuka dan ibu/bapa boleh datang beli buku dan bahan rujukkan lain.
BAJU SEKOLAH
Sehari sebelum cuti tahun baru 31/12/2016,
Sekali lagi keluar untuk beli baju sekolah Fatin... kali ni, ke Pasaraya Ten Ten Banting.. Memang sebelum ni Bonde beli baju sekolah dekat sini lebih mudah dan yang penting saiz yang dicari ada.
Maklum badan Fatin tak delah naik mendadak... macam remaja lain. Beli pon hanya beli Baju sahaja sebab... kain masih elok, hanya baju sahaja dia request nak tukar, yang labuh sikit.. sebab dan nampak senteng.
Tapi Bagi Bonde dekat Pasaraya Ten Ten memang senang dan mudah nak dapat baju yang mengikut saiz yang dikehendaki.
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.