KENA TINDIH WAKTU TIDUR, APA YANG PERLU ANDA BUAT?



Assalamualaikum Dan Selamat Malam...


Hai Reader Semua,

Tidur lena anda pernah di ganggu tak?  Bonde ada juga kene ganggu masa tidur, biasa waktu tidur ni kene kalau tidur dekat tempat yang pertama kali pergi dan tak biasa dengan tempat tu...

Kadang-kandang sampai sesak nafas dibuatnya.  Selalunya keadaan ini berlaku dalam sedar... kita beria minta tolong dengan orang terdekat contohnya suami yang tidur disebelah kita,  Walau dah jerit sekuat hati tapi kenapa diaorang tak dengar yea...

Hadoiiii dahlah kene tindih... jerit nak kuar anak tekak pon suami tak dengar.

KENA TINDIH WAKTU TIDUR,

KENA TINDIH WAKTU TIDUR

Apa yang anda perlu buat ?

Bila rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan panik, setkan dalam kepala anggap biasa-biasa aje.

InsyaAllah disini ada beberapa tips untuk anda:

1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati Allah sebanyak2nya, kemudian hembuskan perlahan2. Ulang beberapa kali.

2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda melepaskan suara azan dimulut.

3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca didalam
hati.

4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan2 sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.

5. Ubah posisi tidur.

CARA MENGELAKKAN DITINDIH.

1. Kibas tilam sebelum tidur

2. Menjaga kebersihan bilik / tempat tidur

3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur,
     (berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)

4. Membaca 3 qul tiup ditangan dan sapu keseluruh tubuh

5. Membaca ayat kursi sebelum tidur

6. Istighfar 

7. Bismillah 21 kali

8. Tidur mengiring kanan

Akhir sekali jangan lupa SEBARKAN, agar lebih ramai dapat maklumat & ilmu.

Image result for TIDUR

Saat Bonde kena tu... Bonde azan kuat-kuat lawan balik...

lepas tu memang penat dan rasa lesu sangat....

Moga anda dapat share benda yang sama... agar kita semua selamat melepaskan diri dari sebarang gangguan...

InsyaAllah.
 
 ~ Bonde Senyum Riang ~




Catat Ulasan

0 Ulasan