SEKETIKA DI PEKAN NABALU, SABAH.



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai Reader semua,

Kali ni Bonde nak kongsikan tempat menarik di Sabah untuk TRIP JELAJAH PULAU kali ni, Bonde dengan yang lain telah memilih untuk bercuti di Sabah. Cerita kami bermula disini.

Tempat pertama yang kami terjah ialah Pekan Nabalu. Memandangkan flight kami pagi kali ni, Bonde dan rakan telah bercadang untuk singgah makan tengahari di Pekan Nabalu.

Memandang agak susah nak mencari kedai makan yang halal dalam perjalanan ke Kundasang.

Pekan Nabalu ada terdapat 2-3 gerai makanan halal.  Bonde tak tahu nak suggest yang mana, sebab kami main masuk kedai makan yang terdapat ditepi jalan sahaja.



Dari celah tingkap, kedai makan yang kami singgah ni, Bonde tertarik dengan pokok bunga ni.  selalu nampak dekat Cameron Highland.  Tak sangka dekat Sabah lagi banyak pokok ni ada, mungkin ianya mudah tumbuh di tempat sejuk.

Disebalik pokok ini,
Ada permandangan yang sangat menarik, disebabkan waktu Bonde sampai disini lebih kurang jam 12.00 tengahari ianya telah di tutup kabus tebal.


Yeaaaa disitulah terletaknya Gunung Kinabalu, Panorama yang sangat menarik dan indah sekali. 



Subhanallah, Cantik sekali.



Waktu-waktu begini memang susah nak nampak Gunung Kinabalu sebab kabus sangat tebal.




Selepas makan,
Kami berjalan kaki meninjau di sekitar Pekan Nabalu ada terdapat gerai-gerai jualan... 

Pekan Nabalu adalah Pekan kecil yang terdapat di Ranau... Kebanyakkan jualan adalah hasil tanaman/ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan serta hasil kraftangan dan handicraf juga banyak disini, ianya dibuat oleh penduduk disitu.




Cuaca pula mendung dan sejuk mula terasa.... maklumlah berada di kaki gunung.



Bonde tertarik pada beg hasil kraftangan yang dijual disini...



Beg ini dihasilkan dari Zip yang dicantum-cantumkan... ada macam-macam warna....



Madu Asli



Kedatangan kali ini, sempena Musim Durian,
Durian ini menjadi tarikan juga.. kerana ianya sangat kecil dan saiznya adalah sebesar tapak tangan sahaja.



Selain itu ada juga buah terap dan buah duku, mungkin sekarang musim buah duku juga, sebab rata-rata di tepi jalan terdapat gerai yang menjual buah duku.



Kami berjalan hingga ke hujung kedai-kedai dan terdapat sebuah taman rekreasi, disitu Boleh melihat, Pemandangan Gunung Kinabalu dengan jarak yang lebih dekat lagi.



Pemandangan disini juga tak berapa jelas kerana telah ditutupi dengan kabus.



Mood... Deejavuuu dah mari💜💜💜💜



Tak nak lepaskan peluang! Sempatlah layan selfie 2-3 keping gambar....



Udara disini sangatlah nyaman dan sejuk sekali... permandangan pula sangat menarik



Selepas penat berjalan, 
Kami singgah Pula ke Pusat Kraftangan Pekan Nabalu... Jom tengok ada apa dekat dalam tu...

Bonde dapat info dekat sini souvenir agak murah dari Pasar Philipine Kota Kinabalu , jadi kalau nak beli sauvenir baik beli dekat sini tau!

PUSAT KRAFTANGAN PEKAN NABALU



Alat Muzik tradisional


Bekas Rotan


Ini adalah beg pengusung daun teh (nama sebenarnya tak tahu)


Batik Sabah


T-shirt 


Souvenirs Key Chain Sabah


Fridge Magnet




Doll monkey


Hiasan Dinding


Bubu Ikan dan Beg


Penat sudah Bonde meninjau kedai-kedai didalam... memang banyak benda yang menarik didalamnya.

TEMPAT MENARIK DISABAH

TRIP JELAJAH PULAU-PULAU CANTIK SABAH

Jumpa next entri....💗💗

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. bestnya bonde.... teringin nk g sana lebih2 lg nak hiking gunung kinabalu n pi sandakan. org kata kat sana seafood murah2

    BalasPadam
  2. Wahhh.. seronok jugak pergi nabalu tu.. jauh berjalan, luas pengalaman

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.