RESEPI PETAI IKAN BILIS CRUNCHY & HOT SPICY



Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai Reader semua,

Memandangkan... masih mood cuti sekolah, Dan  Fatin pula mood rajin nak masak-masak dekat dapur Bonde. Dengan rela, tak rela Bonde bagilah peluang Fatin masak guna dapur Bonde...

Bila dah selalu makan dekat luar, kadang-kadang lauk yang simple juga dicari dan teringgin.

Baru-baru ni Bonde balik dari Cameron Highland Kanda lalu Lata Iskandar, Bonde tanya kenapa nak lalu situ, seram tu lalulannya menurun bukit dan bahaya juga pada yang tidak biasa lalu pada waktu malam.

Soalan Bonde tadi, Kanda jawab nak beli petai! 
ok faham laluan Lata Iskandar memang banyak gerai-gerai tepi jalan jual madu dan petai...

Jadi follow jelah.... memang tak lelap mata atau tidur lalu dekat situ, maklumlah ala2 roller coaster tu...

Dalam gelap gulita malam... memang nampak ada banyak kedai yang sudah tutup.  Kecewa juga sebab tak dapat nak beli petai fresh.

Hampir sampai Air Terjun Lata Iskandar,
Alhamdulillah ada sebuah kedai tepi jalan yang masih dibuka, memang rezeki kami... cantik tergantung petai yang baru sahaja dipetik waktu petang.

RESEPI PETAI IKAN BILIS CRUNCHY & HOT SPICY



Resepi ini diilhamkan dari idea Fatin nama  resepi ni, Fatin yang beri sempena air tangan Fatin.

Resepi senang sahaja : 

Bahan-bahan :

Ikan Bilis (rendam dan tos keringkan)
Petai (buang kulit)
Bawang merah (dihiris)
Bawang Putih (dihiris)
Cili api (dihiris)
Minyak masak
Garam
Serbuk perasa maggi

Cara memasak :

Panaskan sedikit minyak, untuk mengoreng ikan bilis, ambil ikan bilis yang telah direndam dan toskan.  Masukkan dalam minyak goreng hingga garing. setelah garing angkat dan kurangkan sedikit minyak mengoreng tadi, tumis bawang merang dan bawang putih serta cili api, setelah layu masukkan petai dan akhir sekali masukkan ikan bilis letakkan sedikit garam dan serbuk perasa manggi. Gaul dan ratakan.



Siap untuk dimakan...

Tips.. Kalau nak tahu, lauk sempoi macam ni makan dengan kicap kipas udang je sedap hi hi hi.

Selamat mencuba!



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Memang lauk sempoi bonda, sekali dah makan sampai bertambah-tambah.
    Done follower 1075, Jemput singgah http://cikmijah.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. aina selalu buat sambal bilis org jawa. xpernah buat yg petai sbb xmkn petai huuhu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.