Hai Reader Semua,
Seronoknya balik kampung, dapat beramai-ramai dengan family Along, kami sama-sama bergotong royong masak-memasak dengan Along serta anak buah yang lain, Pagi ni seawal 6.30 pagi Bonde dah bangun merebus keledek. (Keledek beli masa pergi Cameron Highland hari tu...) memang niat pagi ni nak buat kuih keria, sebabnya asyik tertangguh sahaja nak buat keria ni, masa dekat rumah sendiri.
Kuih Keria ni, follow kuih Keria Antarabangsa Melaka yang viral tu... beza dia kuih keria biasa disira guna gula pasir dan kuih keria Antarabangsa Melaka disira guna gula Melaka.
Kuih Keria ni, follow kuih Keria Antarabangsa Melaka yang viral tu... beza dia kuih keria biasa disira guna gula pasir dan kuih keria Antarabangsa Melaka disira guna gula Melaka.
Lagi pun kalau makan ramai-ramai memang seronok "sambil chit chat cerita hal ehwal family" maklumlah masa yang ada digunakan untuk tanya khabar orang kampung dan sedara mara. ( he he he tak ada gosip pon)
(Untuk Ubi Keledek : tak kira warna apa yang anda suka putih , kuning dan purple , kebetulan ada warna purple)
RESEPI KERIA KELEDEK PURPLE GULA MELAKA
Bahan-bahan :
Ubi Keledek 500 gm (siap rebus)
Tepung - 1 Cawan (boleh tambah sikit-sikit kalau lembik)
Garam -1 sudu kecil
Minyak untuk mengoreng.
Untuk menyira Keria
Gula Melaka -1 ketul
Gula perang - 2 sudu
2 helai -Daun Pandan
sedikit air.
Cara-caranya :
Lenyek ubi keledek yang telah direbus, bagi lembik dan buang jika urat. Masukan tepung sebanyak 1 cawan dan garam dan uli bagi sebati tepung dengan keledek.
Setelah sebati, ambil sedikit buat bulatan, leperkan dan lubangkan ditengah-tengah seperti donat. (bentuk huruf O) buat sampai habis.
kemudian panaskan minyak untuk mengoreng, Jika warna dah bertukar warna keemasan boleh diangkat dan toskan minyak.
Setelah habis mengoreng, ambil kuali yang lain, masukkan sedikir air dan masukan gula melaka tadi, masukan juga daun pandan, gaul-gaul hingga gula merah cair, Bila gula dah cair masukan 2 sudu gula perang dan bancuh 1 sudu tepung dan tapis bancuhan tepung tersebut semasa menuang ke dalam kuali. ( Ia bertindak memekatkan gula merah dan buat gula tersebut menjadi crunchy setelah kering nanti.
Sesudah bancuhan gula merah likat masukkan keria yang telah digoreng tadi, ini adalah proses menyira keria tersebut.
matikan api atau kecilkan api dan gaul keria hingga rata dan gula menjadi keras dan crunchy.
Siap untuk dihidangkan dan dimakan, Selamat Mencuba .
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.