KAUNTER TIKET
Kaunter Tiket dibuka pada jam 10.00 pagi, Jadi memandangkan sekarang Minggu terakhir cuti persekolahan pengunjung yang datang ke Bangi Wonderland memang sangat ramai, anda dinasihatkan datang awal dan sebelum waktu kaunter dibuka. (nanti nak parking kereta pon senang masih banyak yang kosong)
Kalau nak beli tiket pastikan anda bawa MyKad sekali kerana ada potongan bagi anda yang bawa MayKad.
Pemegang MyKad / MyKid
Kemasukan untuk 1 dewasa (Di atas 130cm) untuk RM58 Kemasukan untuk 1 kanak-kanak (Di atas 90 cm dan ke bawah 130cm) untuk RM48
Pemegang bukan MyKad / -MyKID
Kemasukan untuk 1 dewasa (Di atas 130cm) untuk RM70 Kemasukan untuk 1 kanak-kanak (Di atas 90 cm dan ke bawah 130cm) untuk RM60
1. Funnel Magic
2. Surf Rider
3. Wonder Loop
4. Typoon River
5. Boomeriang
6. Meander River
7. Greaan Pearl
8. Insane race
9. Anaconda Trail
10. The Fall
11. Spirialax
12. Body Slide
13. Kids Adventure
14.Pirate's Spa
15. Water Cannon
16. Pirate's Bay
HARGA PELAMPUNG
Untuk sewaan Pelampung :
Bayar Sewa RM 15
Deposit RM 10
(Jaga pelampung anda nanti kalau hilang deposit anda tidak akan dipulangkan)
MAGIC FUNNEL
(Pastikan kene cukup 4 orang baru boleh naik Magic Funnel ni tau)
Kredit Pic :FB Bangi Wonderland
Kredit Pic :FB Bangi Wonderland
Kredit Pic :FB Bangi Wonderland
Baiklah setakat ini sahaja yang dapat Bonde kongsikan kepada anda semua.... Bonde pasti akan repeat lagi... di masa akan datang!
PARK MAP
Disebelahan Kaunter tiket terdapat Park Map, anda Boleh rujuk dekat situ port mana yang ada nak terjah dahulu dan parking barang-barang anda dan family anda semasa dekat dalam theme park.
Berita baik untuk anda, Masih berbaki 3 hari untuk anda rebut peluang promosi SYOK GILER ini, Jadi apa tunggu lagi cuti tahun banyak lagi berbaki bawalah anak-anak bercuti ke Bangi Wondrland, mereka pasti seronok.
Sementara tunggu kaunter buka apa kata tinjau-tinjau pemandangan dari luar... dan nampak dah gelungsur air yang berwarna warni... wah semakin tak sabar nak tunggu lama.
Sebaik sahaja masuk, termbus dari kaunter scan tiket tu... Bonde ambil ke laluan kiri kerana disitu ada lif untuk kegunaan turun ke tempat tukar pakaian (ada juga tangga kalau anda nak guna tangga)
TEMPAT TUKAR PAKAIAN
Bonde buat pilihan yang tepat, disini tak ramai langsung orang tukar pakaian masa Bonde sampai, Masa Bonde sampai hanya isteri Blogger Hafiz ada didalam dan nampaknya dia dah selesai tukar pakaian masa tu, Dan tempat tukar pakaian ni memang selesa dan bersih sekali.
Bersihkan...
TEMPAT BERTEDUH TERTUTUP
Dari atas dah nampak... tempat teduh tertutup ni... target nak duduk dekat situ bila selesai tukar pakaian nanti. Tempat ni sesuai diduduki oleh mereka yang membawa ramai anak kecil, kerana ianya terletak dihadapan Adventure Kid, jadi senanglah nak pantau anak-anak anda nanti.
16 TARIKAN UTAMA BANGI WONDERLAND THEME PARK
Terdapat 16 permainan gelongsor air dalam Taman Tema Air Bangi Wonderland seperti berikut :1. Funnel Magic
2. Surf Rider
3. Wonder Loop
4. Typoon River
5. Boomeriang
6. Meander River
7. Greaan Pearl
8. Insane race
9. Anaconda Trail
10. The Fall
11. Spirialax
12. Body Slide
13. Kids Adventure
14.Pirate's Spa
15. Water Cannon
16. Pirate's Bay
PIRATE'S SPA
Nampaknya tak de rezeki nak duduk dekat tempat yang tertutup di hadapan Adventure Kid tadi, sebaik Bonde selesai keluar dari tempat salin baju tengok dah ramai duduk dekat situ dan tak ada tempat kosong memandangkan kami tak ada keperluan untuk anak kecil berteduh kami ambil keputusan beri peluangkepada yang memerlukan sebab ramai yang bawa anak kecil dan baby.. Keputusan duduk dimeja terbuka di hadapan "Pirates Spa" doa agar tak hujan InsyaAllah (lagipun Fatin dah masuk kolam berspa urut tu terlebih dahulu, membasahkan baju mandinya... tak menyabar sangat)
KAUNTER PELAMPUNG
Kaunter pelampung di terletak dibelakang meja kami duduk bersebelahan dengan "Pirates Spa" tadi
HARGA PELAMPUNG
Untuk sewaan Pelampung :
Bayar Sewa RM 15
Deposit RM 10
(Jaga pelampung anda nanti kalau hilang deposit anda tidak akan dipulangkan)
WATER CANNON
Bonde suruh Kanda naik Water Cannon ni... sebab cakap kat dia... nak rasa terbang tak? cubalah naik... hi hi hi
Video Kanda naik 'Water Cannon'
ADVENTURE KID
Tak heranlah kenapa ramai dekat 'adventure Kid' ni, Rasanya ini adalah tempat tumpuan bagi kanak-kanak main air disitu, Tak kurang juga ramai parent yang duduk sama main air sambil pantau anak-anak.
Bonde pon main-main jugak dekat situ... hi hi hi
Air keluar laju dekat bulatan tu... seperti mengurut badan anda... jangan lupa cuba buat benda yang sama hi hi hi
APA YANG ADVENTURE DEKAT BANGI WONDERLAND THEME PARK?
Sebenarnya, ini memang sangat adventure, siapa yang nampak mesti nak naik.... Bonde pernah nampak dekat Sunway Lagoon ada, Dekat Icity theme park pon ada, rata-rata pengunjung yang datang memang nak naik benda ni! namanya 'Magic Funnel'
MAGIC FUNNEL
(Pastikan kene cukup 4 orang baru boleh naik Magic Funnel ni tau)
WONDER LOOP
INSANE RACE
Kredit Pic :FB Bangi Wonderland
PIRATE'S BAY
Pirate's Bay ni kene tunggu masa ombak tinggi baru seronok main ombak.... Ombak akan ada masa tertentu sahaja... bila ombak tinggi muncul... kene aleart bunyi siren tau!... Main ombak bersama muzik lagu sangat happening sekali pastikan anda pandai berenang dan ada pelampung, untuk yang ada anak kecil mohon beri perhatian kepada mereka yea! sebab ombak tu agak laju dan ianya bertindak menarik dan menolak sesiapa yang sedang bermain disitu....
GERAI JAGUNG
Dah sejuk-sejuk boleh pekena jagung panas.... ada gerai jagung ni depan 'Adventure Kids'
Review Bonde untuk Bangi Wonderland Theme Park :
Tempat mandi-manda yang sangat selesa, setanding dengan Taman Tema Air yang lain yang terdapat di Malaysia. Harga tiket yang mampu milik sesuai dengan harga penduduk tempatan.
Paling suka bilik air/bilik persalinan yang bersih, air kolam juga bersih dan suasana sekeliling juga bersih.
Teruskan bersih ini untuk masa-masa akan datang.
Tips untuk anda:
1- Anda walk in untuk dapatkan tiket (tapi kene beratur panjang ) Kalau nak senang ,Tiket juga boleh ditempah secara online, (nanti ada kaunter khas untuk anda collect tiket tu)
2. Rajin-rajin jenguk 11Street dan Groupon kerana selalu ada sale tiket masuk ke Bangi Wonderland Theme Park.
3. Datang awal untuk dapatkan tempat duduk mengikut keselesaan anda dan keluarga.
3. Sarapan terlebih dahulu dirumah atau diluar, kerana bekalan makanan luar tidak boleh dibawa masuk. (bekalan untuk bayi sahaja dibenarkan)
4. Untuk anak-anak siapkan terus dari rumah dengan pakaian mandi agar tak lambat nak tunggu turn bilik tukar baju.
5. Untuk game-game adventure tu anda boleh survey video dekat IG n FB sebab ada ramai pengunjung share dekat situ.
6. 'Adventure Game' Kalau rasa nak naik cepat-cepat beratur tau... sebab semua 'adventure game' yang ada dekat situ semua kene beratur ikut turn. (displin gitu jangan rebut-rebut tak baik)
Bye-bye Bangi Wonderland.....
Fatin pasti datang lagi....
Bangi Wonderland Themepark & Resort
Bangi Avenue Water Theme Park, Jalan 1, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Call 03-8912 8333
WEB : www.bangiwonderland.com.my
FB : bangiwonderlandwaterpark
IG : officialbangiwonderland/
Call 03-8912 8333
WEB : www.bangiwonderland.com.my
FB : bangiwonderlandwaterpark
IG : officialbangiwonderland/
20 Ulasan
aalaa.... pirate spa tu cam best.. tapi tulah..... dlm keadaan tak sihat and sakit pompuan datang kita mampu temgok jerlah...... uwaa.. nak p lagik
BalasPadamNanti Azni repeat lagi yea
Padamsiapa yg dh g pasti nk g lg
BalasPadamBetul asyik teringat-ingat je ni... plan nak repeat lagi
Padambestnya, tak sabar nak pi jugak bwk anak². pastu permainannya semua menarik.
BalasPadamCepat-cepat plan bila nak bwk anak2 g sana
PadamUish.. Best nie..
BalasPadamnanti nak kena terjah sini lak..
Jangan lupa terjah ... tiket promosi di 11street n groupon
Padamkanda seram tak naik water cannon tu? hehehe
BalasPadamHa ha ha seram tapi seronok katanya...
Padambestnyeee..tak penah lagi main air kat tempat camni..
BalasPadambestkan... nnt Zatie g yea...
PadamAkhirnya, basah juga Bonda..thanks Bonda amikkan video kite.
BalasPadamhi hi hi sama-sama
PadamBonda jom repeat lg...x puas la main kt sana hehe
BalasPadamjom-jom.... nak g lagi
Padambyk yg tak sempat main. nak kena pergi lg time tak ramai org
BalasPadamnnt ada promosi kita g lagi ramai-ramai main air dr pagi sampai petang ha ha ha
PadamBestnya terjah.... Mahal juga Harga masuk nie...huhuhu
BalasPadamZarin dapatkan tiket promosi di FB, 11street n groupon
Padam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.