Memang sebelum nak masuk jumpa pakar ni memang sangat nebes dan tak tentu arah rasa dag dig dug dalam hati tak usah nak cerita.
JANJI TEMU DENGAN DOKTOR PAKAR 28 DISEMBER 2016
Masuk sahaja dalam bilik Doktor tu, Doktor terus baca sejarah Bonde dekat Hospital Putrajaya tu... semuanya ada dalam rekod hospital. Kata Doktor Bonde pernah bersalin di Hospital Putrajaya . Bonde cakap itu sejarah 14 tahun lepas. Anak saya pun sudah masuk 14 tahun semalam 27 Disember 2016 Doktor. Doktor kata mesti ada cuba nak tambah anakkan tapi tak ada rezeki yea. Tak apa kita chek masalah puan.
Takut... tapi bila dapat Doktor layan dengan baik, dan berintraksi dengan ayat-ayat sopan, Bonde jadi sedia sepenuhnya nak buat pemeriksaan dan rawatan lanjut hari tu.
Takut... tapi bila dapat Doktor layan dengan baik, dan berintraksi dengan ayat-ayat sopan, Bonde jadi sedia sepenuhnya nak buat pemeriksaan dan rawatan lanjut hari tu.
SCAN RAHIM DAN UJIAN PAP SMIER
Ramai yang takut buat ujian Pap Smier kan! Bila Doktor buat Scan pada perut memang rasa berdebar tu datang balik...( hu hu hu seram...) Tapi nak baik punya pasal Bonde jadi berani. Bila buat Scan dari atas perut memang tak nampak apa... Doktor buat Scan dari bawah pula. Masa ni kena betul-betul tenang dan relax.
Doktor kata, beri kerjasama dengan Doktor ikut apa yang diarahkan InsyaAllah tak sakit.... Alhamdullillah pemeriksaan berjalan lancar dan yang paling Bonde takutkan selama ini dah terjawab.
Alhamdulillah syukur, Bebas dari sebarang kancer atau ketumbuhan.
Tapi Doktor buat pemeriksaan ke atas darah... sebab Doktor cakap muka Bonde agak pucat, takut kekurangan darah. Jadi kene pergi ambik darah pula. Kebilik rawatan untuk ambil ujian darah.
Tunggu selama setengah jam untuk dapatkan keputusan darah, disebabkan perut lapar dan belum bersarapan. Bonde tetap tunggu dekat tempat menunggu tu, takut nombor giliran/nama terlepas apabila dipanggil.
Selepas 45 minit baru nama dipanggil naseb baik tak ke cafe, sebab perut dah tak tahan lapar sebenarnya.
Masuk bilik Doktor yang sama,
Doktor maklumkan dari pemeriksaan darah tadi, Bonde telah disahkan kurang darah. Doktor tanya lagi kepala pening tak? rasa nak pitam/pengsan? Bonde kata tak rasa pun... Doktor tu agak curiga dan dia kata ikutkan kene masuk darah, tapi simptom pening-oening tak rasa. Doktor kata kalau ada rasa dan jadi macam tu terus pergi emergensi (unit kecemasan ) untuk masukan darah.
Tapi Bonde minta Doktor try bagi makan ubat dahulu dan makan makanan yang buat tambah darah.
Tapi Bonde minta Doktor try bagi makan ubat dahulu dan makan makanan yang buat tambah darah.
UBAT-UBATAN YANG PERLU DI MAKAN
POST/PRE NATAL VITAMIN & MINERAL TAB (TAMBAH DARAH)
- Sehari 1 biji
- Sehari 1 biji
TRANEXAMIC 250MH CAP (BERHENTIKAN PERIOT)
- 2 Biji 3 X sehari
METFORMIN HCL 500MG TAB (BALANCE BERAT BADAN)
- 1 Biji 2 X sehari
CATATAN MENSTRUAL BLEEDING CHART
- Kene catat setiap hari.
Setiap manusia memerlukan kesihatan yang baik. InsyaAllah ini usaha Bonde ke arah memiliki kesihatan yang baik.
2 Ulasan
Semoga bonde cepat sembuh ya, saya juga ada masalah hormon thyroid yang tak betul. Hyperthyroid.
BalasPadamalhamdulillah bonde. semoga bonde sihat selalu yaa
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.