BAHAGIA DI KAMPUNG... MACAM-MACAM ADA



Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai Reader Semua,

Bahagianya dapat balik kampung, Macam-macam ada di Kampung...  rasa nak terus duduk jer dekat Kampung... Tapi memikirkan masalah masih ada komitmen kerja, Pencen esoklah baru balik ke Kampung.

Seronoknya di Kampung ada tanah untuk bercucuk tanam.

Belum lagi musim buah-buahan rambutan, durian ohhhh indahnya dunia.

Pagi lagi selepas sarapan Bonde terus ke tempat ada cendawan kukur ni... musim hujan memang banyak... ada juga yang panggil kulat pokok, cendawan kukur ni kekutip kalau nak ambil, sedapnya lama tak makan... untuk buat makan tengahari nanti.

 CENDAWAN KUKUR



Setelah bersihkan rendam


CILI API KAMPUNG



CILI KERING SEGAR



hasil dipetik untuk dimasak/ditambah dalam masakan


PUCUK PAKU TANJUNG




IKAN FRESH DARI SUNGAI BELAKANG RUMAH



SIAP LAUK PAUK MAKAN TENGAHARI HUJUNG TAHUN 2016

Ikan Goreng



Pelbagai jenis ikan goreng yang ada iaitu Semilang, tetanda, duri dan gelama.


Tumis cili api, Cendawan Kukur+Pucuk Paku


Gulai Lemak Cili Api Ayam + Kentang


Jering + Bilis tumis cili api



Resepi akan menyusul tahun hadapan hu hu hu

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan