Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Hai Semua, Info untuk anda peminat bau-bauan yang harum....
Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi
wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah
Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti
membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori
manis mengenai anda.
Syahirah Vitalis
Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman
tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain.
Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri
hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor,
menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman
pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend
terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya
juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.
Rangkaian Syahirah
Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura
positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan member kesegaran dan kecergasan agar
anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Semestinya haruman
ini akan membina keyakinan dan menyerlahkan daya penarik diri anda. Erti kata
lain, wangian yang tepat menyempurnakan aura dalaman dan karakter seseorang wanita
disamping meningkatkan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang di
sekeliling serta mendorong orang lain untuk lebih mengenali mereka.
Kesimpulannya, Syahirah Vitalis Eau De
Cologne membantu melancarkan perjalanan kearah kejayaan dan hubungan sesame
individu menerusi kuasa harumannya.
Hanya semburkan sedikit haruman Syahirah Vitalis Eau De Cologne pilihan anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk kekal menyerlah. Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam.
Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “serlahkan pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:
1. Haute Couture
Percaya pada
diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam mendepani cabaran
harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan
kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman
yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.
3. Celebrite
Haruman dengan
esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan
orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan anda mengejar
impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah dan menjadi
bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap
semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia.
4. Glam Star
↥💜💜💜😺
Haruman
yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang menyenangkan apabila menjadi
tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan sesebuah parti.
Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, wangian ini
akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana acara social
ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.
Mana nak dapat Syahirah Vitalis Eau De Cologne ?
Ia boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.
Bagaimana pula dengan harga Syahirah
Vitalis Eau De Cologne mahal ke murah?
Ia dijual pada harga RM19.90 untuk
botol bersaiz 100ml (harga mampu milik kan!)
Ianya juga sesuai untuk dijadikan hadiah sampingan pada hantaran majlis pertunangan dan hantaran perkahwinan dan hadiah hari jadi .
3 Ulasan
Botol dia pun cantik..
BalasPadamnampak menarik.
BalasPadamnanti saya baca.
best bau yang hijau dan biru tu..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.