Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Bonde nak semua isteri-isteri diluar sana tahu info ini dari wanita untuk wanita, sangat penting untuk anda dan sangat mudah untuk ianya dilakukan. Jika diamalkan ianya akan memberi banyak faedah dan manfaat kepada anda kaum wanita.
Selain minum produk dan ubat-ubatan. Cara ini juga boleh diamalkan InsyaAllah.
PETUA DARI DR. FATIMAH AZ-ZAHRA RAHSIA ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
1-Lepas solat Isya',
2-Ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali,
3-Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
4-Tiup dalam air dan minum.
5-Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Selamat Mencuba
~Bonde Senyum Riang~
1 Ulasan
uuuuu menariknya bonde punya entry ni. hahahahahaha... kena bookmark!
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.