DOKUMEN YANG DI PERLUKAN UNTUK TUKAR BUKU ASW2020



Assalamulaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua, Moga hari ini anda semua dalam keadaan sihat walafiat adanya InsyaAllah.

Isnin lepas Bonde ke Pejabat Pos Cawangan Cyberjaya untuk membuat kemaskini Buku Pelaburan ASNB Amanah Saham Wawasan 2020 untuk Fatin Nurhaziqah.

Tapi Bonde tak dapat nak buat kemaskini tersebut, kerana masih menggunakan buku yang lama.  Staff Pejabat Pos bagi tahu, Bonde kene tukar buku dahulu.

Terus Bonde buat keputusan untuk tukar buku,  staff Pejabat Pos bagi tahu kalau hendak tukar buku kene ada dokumen tersebut :

DOKUMEN YANG DI PERLUKAN UNTUK TUKAR BUKU ASW2020


1. Buku Pelaburan
2. Kad Pengenalan Penama + 1 salinan photostat 
3. Kad Pengenalan Penjaga + 1 salinan photostat

Masa Bonde datang, Bonde tak buat salinan photostat jadi kene cari kedai dahulu untuk buat salinan.

Kalau anda yang hendak berbuat demikian, Bonde cadangkan, bila anda sampai ke kaunter beri tahu dekat staff tersebut. nanti staff tu akan beri borang untuk diisi.

Selelah isi borang kepilkan dokumen-dokumen diatas dan ambil nombor tunggu giliran anda.

Senang sahaja  kalau semua dan lengkap.  Moga cara ini dapat memudahkan proses anda nanti.



 Buku Lama


Buku Baru

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan