Kisah viral di FB, Group Whatsapp, Surat Khabar dan Berita TV berkaitan satu program sekolah yang melibatkan pelajar dan ular, Hadoi seramnyalah tengok video 20 minit 10 saat tersebut.
Kalau Bonde sendiri memang tak akan masuk kedalam air yang dah tentu nampak ada ular dekat didalamnya. Memang Bonde seram dan fobia pada ular. Kalau namanya ular memang tak akan Bonde dekat.
Kalau dizaman dahulu ada program yang macam ini, memang Bonde sanggup tak pergi program ni. apa nak jadi-jadilah...
Kejam wei tengok anak-anak yang terlibat dalam video tu.. mesti mereka fobia pasal kejadian tersebut, menjerit dan menangis ketakutan kesiannya.
Bonde rasa untuk pelajar sekolah memang tak sesuai, lebih-lebih lagi pelajar perempuan.
3 Ulasan
Tengok gambar pun dah geli geleman ini kena berdiri dalam kolam sama-sama dgn ular memang menangislah.. tak tahulah kakak apa yg difikirkan sampai guna ular dalam kem bina semangat. Ini nak gugurkan semangat budak.
BalasPadambonda.. kalau saya.. saya pakat reramai campak balik ular tu kat org yg balik.. huh.. menyampah dgr berita gini...
BalasPadamKEjam perbuatan ni.
BalasPadamKaklong ada mak saudara yang fobia dgn ular. Tengok pun dah rasa geli.
Kita yang takde fobia ni pun takot. Ni kan pula budak2..
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.