Assalamualaikum Dan Selamat Petang..
Hai.. Reader sekalian... untuk surirumah tu mesti tengah sebok masak lauk-pauk untuk anak-anak dan suami yang nak balik kejap lagi makan tengahari dirumah. Haaa masak apa tu yea, masak-sedap-sedap yea.
Baiklah nak cerita satu hobi Bonde yang satu ni, Hobi ni kadang-kadang kalau dah mula, gian jer nak pergi. Sebabnya hobi ni memang susah nak tahan-tahan kalau dah mula.
Disebabkan dah hobi memancing... sedikit sebanyak tahu kenapa lelaki kalau pergi memancing tak ingat nak balik.
Lepas tu, hari ni memancing esok pergi memancing lagi (sebabnya dah gian mancing).
Baiklah jom bonde perkenalkan umpan tiruan untuk candat sotong, Sotong ni kegunaannya pula untuk bagi makan dekat ikan. Untuk dapatkan ikan yang besar memerlukan umpan sotong yang masih hidup.
Lokasi kedai yang Kanda bawa ni dekat area Sri Kembangan, Kedai 3 pintu ini terletak berhampiran JJ Taman Equine, Kedai ini menjual pelbagai akurium, anak ikan dan menjual pelbagai barangan dan peralatan memancing dari joran yang kecik hingga joran yang besar, turut menjual umpan hidup dan umpan tiruan.
Untuk kedai peralatan memancing pintu masuknya terletak disebelah dalam, agak tersorok sedikit.
Mesin pancing ada banyak jenis, ikut pilihan anda hendak yang masa satu harga, kualiti dan cara pengunaan adalah berbeza.
Ada pelbagai jenama yang boleh ada pilih mengikut kemampuan anda.
Dibawah adalah umpan-umpan yang digunakan untuk mencandat sotong.
Squid Rainbow Hook size 9 cm
Squid Biasa
Umpan Candat Sotong Jenis Besi
Ada dua saiz panjang dan pendek
Jumpa next entri Bonde akan Kemaman Terengganu untuk trip memancing ikan dan candat sotong.
See uuuu next entri!
1 Ulasan
wahhhhhh bestnyaaaaa,kita anak nelayan pun tak minat mancing hehehhe,tapi kalau candat sotong ok la lagi,tapi paling suka ikut abah menjala je,cepat hehehhehe....lamanya tak join aktiviti ke tengah laut dulu2 bujang2 tiap2 tahun ikut trip family pakcik2 abah ke tengah laut huhuuu....
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.