Throwback balik... masa bithday Bonde hari tu... arghhh citer Birthday lagi, tak boleh move on he he he.... nak cerita juga, hari istimewa bersama family tersayang...
Kenapa Bonde update lambat... kenapa tak buat 'live update' bukan saja-saja akan tertapi sebenarnya time ke colek ni pon dah tengah malam keluar rumah pon dah jam 10.00 malam...
Anda rasa, time tu kan time sedap tidokan! time golek-golek atas tilam tunggu masa nak ZZZzzzzzz, tetiba dapat text suruh siap.. terpinga-pinga jadinya... dalam pada terpinga-pinga siap jugaklah.
Sebab text tu Kanda type cepat siap!
Bonde :Tanya jugaklah nak pi mana?
Kanda : Rahsia
Bonde : Glup!
Berdebar... rasa, nak ketempat rahsia... dalam kereta tanya lagi tapi tak nak juga dia bagi tahu... last-last Bonde tak tanya dah...
Tapi jalan yang Kanda bawa ni menuju ke Shah Alam.
Type Location map : 3.091499,101.544753
MAKAN MAKAN SEMPENA BIRTHDAY
Jauh jugak sampai Shah Alam Kanda bawa... Ingatkan nak pi manalah tadi. Macam kes colek jer... suruh siap, suruh masuk kereta dan suruh diam. Buat Bonde Nevourse sahaja.
Akhirnya sampai di Mr Steak House yang terletak di Laman Seri Business Park di Seksyen 13, Shah Alam.
MR STEAK HOUSE SHAH ALAM
Macam-macam menu westren yang ada di Mr Steak House :
Tapi malam tu Bonde tak makan steak pun... Bonde order sizzling Yee Mee... sebabnya teringin makan makanan yang hott n spicy nampak pedas tak?
SIZZLING YEE MEE RM 11.90
Dua beranak tu pulak... makan westren lamb chop... mengambing katanye... Fatin memanglah nak lamb jer...kalau pergi makan grill n steak.
LAMB CHOP RM 14.90
Tembikai Laici RM 6.00
Fatin buat memek muka macam tu ingat cantik ke??? sebenarnya dia ada rasa cemburu dihati.. sebab Kanda sweet giler malam tu...ha ha ha so jelous itu budak!
Port kami makan ni belah luar... suasana suram sahaja... memang sweet lah nak celebrate birthday macam yang Kanda nak surprise kat Bonde ni... ada beberapa meja lain turut sambut birthday siap ade cake... tapi kami punya meja tak ada cake pon... dah malam tak payah nak makan cake bagai.. makanan yang dah order tu pun dah cukup berat he he he
Terima Kasih Kanda...
- Seksyen 13, Shah Alam
- Equine Park, Seri Kembangan
- Seksyen 6, Kota Damansara
- Seremban 2
- Kompleks Mutiara Pernama Ipoh
- Bandar Baru Nilai
- Pusat Bandar Senawang
- Bandar Sri Permaisuri, Cheras
- Melaka Sentral
Mr Steak House
Beroperasi di G 07, No. 7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor dari jam 12 tengah hari hingga jam 12 malam.Jom bawa keluarga korang makan di restoran
contact number utk booking 013-340 1628
FB : mrsteakhouseshahalam
3 Ulasan
Wah untung badan dapat dinner kat sini..bestnya..lambat plak birthday SA tahun depan
BalasPadamWow. Bestnya dapat surprise camtu..
BalasPadamHappy Birthday bonde.. ^^
Seronoknya dpt seperais cenggini...
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.