Assalamualaikum Dan Selamat Malam,
Bonde ada info untuk anda semua, jika nak beli novel carilah Novel yang akan diadaptasi. Macam Bonde yang memang suka dan giler baca novel ni, memang akan suka sangat baca Novel ulang-ulang kali lebih-lebih lagi kalau Novel tu sedih "sad story' touching baca sampai lebam mata dan 'love story' akan di ulang-ulang juga baca.. sweet gitu.
Kebanyakkan Novel selalunya akan diadaptasi... siapa perangai sama macam Bonde bila Novel tu diadaptasi kita akan selak buku sebelum episod tu mula, kalau ada yang sama macam tu yeay... kita geng!
BERIKUT ADALAH:
NOVEL-NOVEL YANG AKAN DIADAPTASI 2016
Sinopsis Suami Paling Sweet
“Mama… Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa… Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS
Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan.
Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.
Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.
“Macam mana cincin ni ada kat sini?” – IZZ
“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA
“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ
Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.
Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya.
Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira.
Sesungguhnya Izz tahu segalanya.
Sinopsis Kerana Aku Suamimu
Namun pada saat hubungan Zahra bersama Fitri mula hanyut dan larut dalam emosi, parut yang lama mula menjengah kembali. Hadirnya kembali RIYAD mengganggu kebahagiaan rumah tangga Zahra dan Fitri. Lipatan memori silam ketika Zahra bersama Riyad kini mula menghantui Fitri yang melihat Zahra semakin menerima dirinya sebagai sang suami, namun gusar apabila melihat Riyad mula menunjukkan belang diri.
Apabila Zahra mula diganggu oleh Riyad yang menagih semula cinta lamanya kembali, SHASHA yang selama ini dianggap sebagai teman sejati oleh Zahra tanpa diduga juga menjadi duri. Hubungan terlarang dalam diam antara Shasha dan Riyad sedikit sebanyak telah menghantui kehidupan Fitri yang sebenarnya mengetahui yang Zahra sudah dikhianati oleh teman baik sendiri. Apakah yang akan terjadi kepada Zahra dan Fitri? Masih adakah rasa cinta Zahra terhadap Riyad yang menagih kembali si cinta hati.
Sinopsis Meh Sandar Pada Aku
Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tapi dah kenal menyakitkan hati pulak.Macam mana tu?
Afnan Tasneem dipertemukan dengan penyelia yang menjengkelkan- Dr Syed Nadhan
Kegagalan perkahwinan papa dan mamanya benar-benar memberi kesan pada Syed Nadhan. Kehadiran Afnan sebagai pelajar praktikalnya benar-benar memeningkan kepalanya.
Afnan selalu meluahkan perasaan tak puas hati tentang penyelianya kepada Adam Naufal.Adam tahu Dr Syed menyukai Afnan dan dia sengaja menimbulkan rasa cemburu Dr Syed.Namun, Afnan menyangka Adam menyintainya.
Keadaan berubah bila Mama Afnan bakal berkahwin dengan Papa Dr Syed. Keadaan bertambah rumit bila Afnan mengetahui Adam bakal berkahwin.
Dr Syed pula bertunang dengan dr Aleesya dan Afnan akan dijodohkan dengan Aamir, Kecewa dengan berita perkahwinan Adam, Dr Syed muncul dan memujuk sebagai abang.
Namun, takdir menentukan segalanya. Kematian mama Afnan dan papa Syed membuatkan Dr Syed berasa bertanggungjawab melindungi Afnan dan mengahwininya. Dia memutuskan pertunangannya dengan Dr Aleesya.
Berita ini mengejutkan Aleesya hingga terpaksa di rawat di hospital bahagia, Ini kerana, Aleesya sememangnya mencintai dr Syed sepenuh hati.
Sinopsis Novel Awak Sangat Nakal
Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.
Masalahnya. Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan persaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.
Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.
Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine Berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh. Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancanggan Allah SWT.
Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?
Kredit : dramadannovel,onedirectmovie,
~Bonde senyum Riang~
2 Ulasan
Dah lama tak baca novel2 cinta gini,dah abis zaman tu kot hehehheee...kureng dah,drama pun dah kurang tgk kat tv hehhehe...dok layan drama series investigation ngan masak2 je hahahaha....
BalasPadamWah... semua novel ni belum pernah baca lagi...nk tgk tv mmg xdan la...
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.