KELEBIHAN BERPUASA DI HARI ARAFAH



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hari ini Ahad, 11 September bersamaan 9 Zulhijjah 1437 H, merupakan hari yang disunatkan berpuasa (Puasa Hari Arafah) kepada seluruh umat Islam di negara ini (bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji).  

Syukur Alhamdulillah pada anda yang dapat menunaikan puasa pada hari ini.

Terkini Niat Puasa Arafah Wukuf

Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. (Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti)
Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.
NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”
Niat Puasa Sunat Arafah Wukuf


Pautan Sumber Asal » mysumber.comislamituindah.my

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan