HARGA MINYAK TURUN BULAN SEPTEMBER 2016



Assalamualaikum Dan Selamat Malam,

Mungkin ada dikalangan anda tak tahu tentang perkara ini, Malam tadi Bonde agak terkejut juga dengan berita penurunan harga minyak,  Alhamdulillah turun jugak walau tak banyak, Moga lepas ni harga minyak turun lagi hendaknya.

Harga minyak bulan September 2016 Petrol RON95 RON97 Diesel

Jadual 2016 Harga Minyak Malaysia Terkini


Untuk info, 

bermula bulan Julai tahun 2015, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak lagi mengeluarkan apa-apa pemberitahuan mengenai perubahan harga bahan api kepada orang ramai (pengguna) seperti kebiasaannya .

Dalam pada itu, 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menetapkan harga petrol dan diesel adalah berdasarkan sistem apungan terurus berikutan penghapusan subsidi bahan api Pemakluman Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel KPDNKK hanya akan memberitahu harga runcit baharu bulanan bagi RON95, RON97 dan Diesel kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia atau peruncit pada hari terakhir setiap bulan Kemaskini Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel.

Untuk makluman bersama berhubung dengan perkara ini, MYsumber akan melengkapkan jadual harga minyak dibawah bagi bulan September (9) tahun 2016 selepas mendapat pemakluman harga rasmi pada hari terakhir 31 Ogos 2016 (Rabu), waktu malam.

JADUAL DAN SENARAI HARGA MINYAK BULANAN RON95 RON97 DIESEL DI MALAYSIA TAHUN 2016 

Berikut ialah jadual rasmi harga runcit bulanan bagi Petrol RON95, RON97 dan minyak Diesel di Malaysia anjuran tahun 2016

Info Rasmi Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Bulan September 2016 Harga runcit petrol RON95 dan RON97 untuk bulan September masing-masing turun sebanyak 5 sen seliter manakala Diesel pula sebaliknya, ia kekal sepertimana harga pada bulan Ogos yang lalu Harga baharu bagi ketiga-tiga bahan api itu (sila rujuk jadual bulanan diatas) berkuat kuasa mulai jam 12.01 awal pagi Khamis, 1 September 2016


BulanPetrol RON95
(RM/liter)
Petrol RON97
(RM/liter)
Diesel
(RM/liter)
September 20161.702.05 *1.70
Ogos 20161.752.10 *1.70
Julai 20161.752.10 *1.60
Jun 20161.702.05 *1.55
Mei 20161.702.05 *1.55
April 20161.702.05 *1.55
Mac 20161.601.95 *1.35
Februari 20161.752.05 *1.35
Januari 20161.852.25 *1.60
Disember 20151.952.45 *1.90
November 20152.052.45 *1.90
Oktober 20152.052.45 *1.90
September 20151.952.35 *1.80
Ogos 20152.052.45 *1.95
Julai 20152.152.55 *2.05
Jun 20152.052.35 *2.05
Mei 20151.952.25 *1.95
April 20151.952.25 *1.95
Mac 20151.952.251.95
Februari 20151.702.001.70
Januari 20151.912.111.93
Disember 20142.262.462.23

*Petrol RON97 - harga temasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 6%


Pautan Sumber Asal » mysumber.com


Syukur Alhamdulillah, Moga dengan adanya pengurangan ini kurang jugalah beban yang ditanggung oleh mereka yang kurang berkemampuan dan bolehlah mengurangkan sedikit pebelanjaan.

InsyaAllah.
~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan