CARA NAK BUAT PULUT KUNING CUBALAH , PASTI MENJADI!



Assalamualaikum Dan Selamat Tengahari,


Sempena Raya Korban semalam, Bonde telah masak juadah untuk dimakan bersama ahli keluarga, pertama sekali Bonde telah masak Ayam Masak Ungkep, Dah cerita dekat entri nih -> (Resepi Ayam Masak Ungkep) , Lepas tu Bonde masak sambal Ikan Bilis Petai dan Kari Telur semua menu ni nak makan dengan Pulut Kuning.

Argghhh sebenarnya pulut kuning ni pon Bonde tak pernah buat sendiri, tapi teringgin nak makan jugak sedihkan, Bonde nak 'test power' kali kedua, tak pandai kene belajar, yang penting kene ada rasa rajin mencuba!

Nekat kali kedua, malu oooo kalau Fatin ke? Kanda ke ? teringgin nak makan nak jawab tak pandai nak buat,... jadi, Bonde try buat...



Tadaaaa.... Pulut Kuning Bonde... (abaikan pelapik gunasemula secret recipe tu)

CARA NAK BUAT PULUT KUNING

Bahan-bahan :

2 Kg - Beras Pulut 
2 Sudu - Serbuk kunyit
1 Kotak santan - 500 ml
3 keping - Asam Keping
1 Sudu - Garam
Air (untuk rendaman)

Ambil Beras Pulut -( Bonde guna brand yang bawah ni, sebab tinggal tu jer yang ada dekat giant)


Rendamkan bersama (2-3 keping) asam keping 
2 sudu besar - sebuk kunyit direndam bersama air biasa selama 2 jam


Setelah direndam selama 2 jam, toskan air rendaman tadi dan Bonde masukkan dalam loyang supaya senang nak keluarkan untuk di tanak dengan santan nanti.

Setelah selesai, kukuskan selama 1 jam. (separuh masak)


Setelah dikukus selama 1 jam, bolehlah angkat pulut untuk ditanak bersama santan. ( Bonde guna santan brand kara 500 ml)

Sediakan santan kotak, campurkan dengan 1 sudu besar garam, kacau bagi garam rata.


Dengan mengunakan sudu, letakkan santan gaul-gaulkan dan gembur-gemburkan guna garfu hingga santan rata pada pulut.

Kukus balik selama 1 jam.

Selepas 1 jam, Bolehlah diangkat Pulut tadi dan rasa sama ada keras atau lembut.  Ikutlah kesukaan anda sama ada ianya menepati citarasa anda atau tidak. (Kalau keras boleh tambah santan lagi)


lepas tu sejukkan pulut  tadi hingga rasa suam-suam kuku, Bolehlah dimasukkan kedalam acuan yang ingin anda gunakan, Bonde guna acuan bulat yang warna biru...

Cantik tak ?


Selamat mencuba !

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. tq bonde..nanti nak buat juga lah :)

    BalasPadam
  2. mcm sedap je... sedap makan dengan ikan bilis.. bliur la pulak... Unni follow sini ye bonda

    BalasPadam
  3. tq bonda....dah lama teringin nak buat sendiri..misi mencari periuk kukusan bermula...heheh

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.