5 TIPS MUDAH HILANG 11KG DARI LISA SURIHANI



Assalamulaikum Dan Selamat tengahari...

Baru-baru ni viral kisah Pelakon comel Lisa Surihani yang berjaya menurunkan berat badan beliau selepas melahirkan puteri pertama yang bernama Yahaira Leanne.

Namun selepas beberapa bulan mengamalkan gaya hidup sihat, ibu kepada Yahaira Leanne ini berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram (kg).

Hasilnya berat badan Lisa kini turun ke 53 kg berbanding 64 kg sebelum ini.

5 TIPS MUDAH HILANG 11KG DARI LISA SURIHANI

5 TIPS MUDAH HILANG 11KG DARI LISA SURIHANI


5 TIPS MUDAH HILANG 11KG DARI LISA SURIHANI

5 TIPS MUDAH HILANG 11KG DARI LISA SURIHANI



Di bawah merupakan lima cara diamalkan Lisa untuk menurunkan berat badannya: 

1. Kawal Hidangan 


“Kawal hidang bermaksud kita boleh makan apa yang kita nak makan, tetapi dalam hidangan yang sedikit. Sebagai contoh, dalam satu pinggan itu setengah daripadanya adalah sayur, suku daripadanya karbohidrat, suku lagi protein. Jadi saya masih boleh makan apa yang saya nak dan kita boleh belajar sejauh mana 'hunger level' kita. Kalau masih nak makan makanan yang kita suka tetapi tinggi kalori, ambillah dalam jumlah yang sedikit.

Hasil carian imej untuk buah buahan untuk diet sihat

2. Makan buah sebelum makan

“Buah penting untuk di makan dalam makanan harian tetapi tips saya ialah, makanlah buah sebelum anda makan nasi. Budaya kita makan buah selepas makan nasi. Itu sebenarnya tidak betul.

3. Senaman

“Saya akui tidak pernah bersenam sebelum ini. Malah selepas berpantang saya hanya diet dan kawal pemakanan sahaja. Jadi penurunan berat badan saya tidak begitu ketara. 

"Jadi saya nekad dan mula bersenam disamping mengamalkan pemakanan sihat. Saya terkejut kerana berat badan turun mendadak. Bila mula bersenam badan rasa 'sedap' dan tak tahu kenapa saya semakin seronok bersenam dan telah menjadikannya rutin.

"Sekarang saya dah tak kisah dengan berat tetapi masih bersenam kerana sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini.

5 TIPS MUDAH HILANG 11KG DARI LISA SURIHANI

4. Air

“Apabila mengamalkan makan dengan jumlah hidangan yang sedikit, saya akui mudah berasa lapar. Tapi saya mendapat satu tips ini, iaitu untuk mengetahui kita benar-benar lapar atau tidak selepas makan, saya akan minum segelas air. Jika selepas minum masih berasa lapar, itu bermakna kita masih perlukan makanan lagi tetapi jika sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada hormone trick wanita sahaja.

Hasil carian imej untuk supplement

5. Supplement

“Saya ambil supplement yang asas dan simple sahaja iaitu multivitamin dan B Complex kerana saya rasa badan kita memang memerlukannya.

Selain itu, Lisa  turut berkongsi beberapa tips gaya hidup sihatnya yang lain serta beberapa jenis senaman yang diamalkan di dalam program BHealthy yang disiarkan setiap hari Ahad, jam 7 malam di saluran Astro Bella (133) dan Mustika HD (134).

Gambar terkini Lisa yang telah kurus kembali wahhh sumber inspirasi ni...

5 TIPS MUDAH HILANG 11KG DARI LISA SURIHANI

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. wahhh bersemangat juga ni nak kuruskan badan lepas baca ni hahaha chaiyok!

    BalasPadam
  2. Eh... betullah Lisa dah nampak ramping balik dah.

    BalasPadam
  3. tips berguna untuk menjadi kurus (>.<)Segmen tonton lagu sudah ku tahu versi ucing :cool:

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.