SUDAH MEMANG CANTIK... PENAMPILAN BARU ELLA YANG KINI BERTUDUNG...



Salam Dan Selamat Petang...

Bonde paling Suka melihat penampilan baru penyanyi rock Malaysia Ella yang kini bertudung.... Ayunye dia...

Dulu masa di Sekolah Menengah memang beli kaset Ella, sebab minat dengan lagu-lagunya Bonde sanggup menabung duit belanja untuk dapatkan kaset terbaharu keluaran BMG Muzik. Hu hu hu zaman dulu mana ada CD cetak rompakkan.  Jadi kene beli yang original.

ELLA BERHIJAB

Jom baca Biodata Ella dan Cerita Ella dari mula bergelar artis sehingga kini.. Bonde google sahaja!

ELLA BERHIJAB

Biodata Ella (Norzila Aminuddin) - Ratu Rock Malaysia


NAMA Nor Zila binti Aminuddin
ASAL Klang, Selangor
LAHIR 31 Julai 1966, Pulau Pinang
PENDIDIKAN
Sekolah Tengku Ampuan Rahimah
Sekolah Tinggi Methodist, Klang, Selangor
KERJAYA
Penyanyi kumpulan Moonrackers (1983) & The Boys (1985)
Penyanyi solo (1988 hingga kini)
Pelakon Filem
Pencipta Lagu
Penulis Senikata
Album (Solo)
Pengemis Cinta (1989)
Puteri Kota (1990)
Identiti (1990)
Koleksi Terbaik (1991)
30110 (1992)
Kesal (1992)
Dua Insan Bercinta EP (1993)
Unggul (1993)
100% Remix (1993)
USA (1994)
Demi (1996)
El (1998)
El – Edisi Terhad (1999)
Diva Metal (2000)
“Tanda Tanya” Single (2001)
Ilham Bicara (2001)
Simbiosis (2003)
A Journey Beyond (2005)
Ratu Rock (2005)
Rama-Rama (2007)
Album (Bersama The Boys)
Battle Of The Bands 1 & 2 – Pelbagai Artis (1986)
Ella & The Boys (1987)
Anak Merdeka (1988)
Reflexi (1997)
Album (Kompilasi)
8494 (1995)
Puteri Rock (2002)
3 Dimensi Rock Wanita Terbaik – Pelbagai Artis (2002)
Kasih (2007)
Album (Muzik/Instrumental)
KaraOKE 1 – USA (1994)
KaraOKE 2 – 30110/Dua Insan Bercinta (1994)
Mentera Metal, petikan gitar Kyoji Yamamoto, Man Keedal & Michael Thompson (1998)
Lagu Single
Jalan Ke Sisimu (1997 / kompilasi Lagi Gempaq)
Aku (1998 / soundtrack filem Silat Legenda)
Lagenda 25 (1998 / kompilasi P. Ramlee 25 Tahun Tanpamu)
Standing In The Eyes Of The World (1998 / single Standing In The Eyes Of The World)
Teruja (2005 / soundtrack filem Gol & Gincu)
Percaya Diriku (2005 / soundtrack filem Gol & Gincu)
Lagu Duet
Pergilah Sayang, bersama Korie (1996 / album Korie)
Mungkinkah Sayang, bersama Korie (1997 / album Korie – Satu Sama)
Baldu Biru, bersama Awie (2000 / kompilasi Gerenti Gempaq)
Video Muzik
Suara Semalam (1989 / WEA)
Tiada Tangis Lagi (1990 / TV3)
Kesal (1992 / WEA)
Teruja (2005 / Red Films)
Rakaman Semula
Kasih (1994/Jay Jay – Tribute To Ramli Sarip)
Pedih (1999/FTG – Live at Metal Wars)
Filem
Bayangan Maut (1991/Pelakon Pembantu)
Pemburu Bayang (1993/Pelakon Utama)
Hanya Kawan (1997/Pelakon Utama)
Konsert
Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur (2 Februari 1986)
Konsert Battle Of The Bands jelajah Malaysia (sepanjang 1986)
Konsert Terbuka Ella & The Boys di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur (1986)
Konsert Ella & The Boys di Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak (18 April 1987)
Konsert Kotaraya bersama artis-artis rock di Stadium Negara, Kuala Lumpur (1989)
Konsert Seni & Suara, bersama Ramli Sarip & Lefthanded di Stadium Negara, Singapura (1989)
Konsert Rock Salem, bersama MAY & BPR di Stadium Negara, Kuala Lumpur (8 September 1989)
Konsert Revolusi Salem jelajah Malaysia, bersama Search & Wings (1990)
Konsert Hari Valentine Bersama Ella di Stadium Negara, Kuala Lumpur (14 Februari 1993)
Konsert 30110 Jelajah Malaysia (1993)
Konsert Solo Ella, bersama Cromok di Tapak Pesta Shah Alam, Selangor (1993)
Konsert Solo Ella di Stadium Tertutup, Singapura (1993)
Konsert Ella USA Jelajah Malaysia (1994)
Konsert Tahun Baru Bersama Zainal Abidin & Ella (1995)
Konsert 8494 jelajah Malaysia (1995)
Konsert Ella Ten Years di Plaza Sungei Wang Roof Top, Kuala Lumpur (1995)
Konsert Demi Ella jelajah Malaysia (1996)
Konsert Pop Orkestra DBKL di Kuala Lumpur (1999)
Konsert Bulldozer bersama artis-artis rock (1999)
Festival RentakAsia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (2000)
Konsert Rentaq Serantau, bersama Search & artis-artis Indonesia di Stadium Malawati, Shah Alam (3 Februari 2007)
Sunday Nite Live di Planet Hollywood, Kuala Lumpur (11 & 25 Februari 2007)
Konsert di Esplanade, Singapura (2007)
Anugerah
Penyanyi Solo Paling Popular ’89, anjuran Berita Harian/Nescafe (1989)
Anugerah Cakera Platinum Berkembar Tiga, album Puteri Kota terjual melebihi 190,000 unit di Malaysia (1991)
Anugerah Cakera Platinum Berkembar Lima, album 30110 terjual melebihi 250,000 unit di Malaysia (1993)
Rakaman Album Terbaik, jururakam Greg Henderson, album El, Anugerah Industri Muzik ke-7 (2000)
Pencapaian
Menerima gelaran Ratu Rock Malaysia (sejak 1987)
Menyertai Festival Lagu Tokyo ke-19 di Nakino Sun Plaza, Tokyo, Jepun diiringi Hillary Ang (1990)
Menyertai ASEAN Music Scene, anjuran Monichi Broadcasting Tokyo di PWTC, Kuala Lumpur (1990)
Juara bulan Mac pertandingan Muzik-Muzik TV3, lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah (1991)
Menyertai Festival Lagu-Lagu Pop ASEAN di Jogjakarta, Indonesia (1991)
Bertanding dalam Anugerah Juara Lagu TV3, lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah (1991)
Menyertai Asian Music Festival di Jakarta, Indonesia (1992)
Bertanding dalam International Pop Music & Song Contest di Kazakhstan (1992)
Persembahan dalam 2 buah konsert khas sempena festival Asian Sound Wave di Tokyo, Jepun (1993)
Tersenarai dalam Carta MTV Asia selama 15 minggu berturut-turut, lagu Layar Impian (1993)
Rakaman lagu dan penggambaran muzik video di Amerika Syarikat untuk album USA (1994)
Penyanyi lagu tema dan persembahan pembukaan di Sukan Komanwel ke-16, Kuala Lumpur (1998)
Berjaya merakamkan lagu baru ciptaan penyanyi Richard Marx dan Jascha Richter (MLTR) untuk album El (1998)
Berjaya mendapatkan khidmat pemain gitar terkemuka Slash Guns N’ Roses untuk rakaman lagu Bayangan (1998)
Penglibatan
Menyertai pertandingan Muzik-Muzik 90 dengan lagu Sangkar Kerinduan & Tiada Tangis Lagi.
Model kasut sukan dan barangan jenama LA Gear (1989)
Menubuhkan syarikat produksi Ella’s Production (1990)
Menubuhkan kumpulan pemuzik pengiring, The Lips (1990)
Menubuhkan kumpulan pemuzik pengiring, Ella’s (1991)
Menerbitkan Kalendar Istimewa Ella (1993)
Terlibat dalam Kempen Masyarakat Penyayang anjuran kerajaan Malaysia (1994)
Model barangan kalkulator jenama Canon (1993 – 1998)

ELLA BERHIJAB

CERITA LATAR BELAKANG ELLA

Ella atau nama sebenarnya Norzila Haji Aminuddin lahir pada tanggal 31 Julai 1966 di Gelugor, Pulau Pinang. Dibesarkan di Klang, Selangor, dia mula aktif dalam bidang seni semenjak di bangku sekolah. Mula menempa nama dalam industri muzik tempatan pada tahun 1985 menerusi Ella & The Boys, Ella mengorak langkah untuk bergerak secara solo pada tahun 1998. Diberi jolokan Ratu Rock Malaysia, Ella mengeluarkan album pertamanya pada tahun 1989. Album yang diberi judul ‘Pengemis Cinta’ itu menampilkan lagu hit seperti “Pengemis Cinta” dan “Permata Biru”.

Ella juga merupakan penyanyi tempatan pertama yang merakamkan album di Amerika Syarikat menerusi album ‘Ella USA’. Dia juga telah dipilih untuk menjadi penyanyi bagi lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang berjudul ”Standing In The Eyes Of The World” bila Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ketika itu.

Ella turut menonjolkan bakat lakonannya dengan membintangi filem pertamanya, ‘Bayangan Maut’ (1991). Menerusi filem arahan Datuk Yusof Haslam itu, Ella bergandingan dengan Noorkumalasari, Sabree Fadzil dan Faizal Hussein. Seterusnya, dia muncul menerusi beberapa filem lain iaitu ‘Pemburu Bayang’ (1992), ‘Hanya Kawan’ (1997), dan terbaru, ‘KIL’ yang ditayangkan di pawagam pada tahun lalu.

Bercerita mengenai pencapaian Ella, wanita ini pernah memenangi Anugerah Artis Wanita Popular bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung pada tahun 1993. Namanya juga tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai 'Artis Wanita Pertama Yang Mempunyai Penjualan Album Terbanyak' yang diiktiraf pada tahun 1998. Dia juga dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 17 Februari 2003 sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-57 dan Pingat Setia Mahkota Pahang (SMP) oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada 30 Mac 2010 sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Disebalik pelbagai kejayaan yang diraih oleh Ella dalam dunia seni suara dan hiburan tempatan, dia seringkali ditebak soalan bilakah dirinya bakal mengakhiri zaman solo. Diusia 46 tahun, Ella sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali pada tanggal 7 Julai 2012. Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Klang, Baharudin Abu Bakar di kediaman keluarga Ella. Abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin menjadi wali pernikahan mereka. Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang dari pihak perempuan. Majlis resepsi pasangan mempelai telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Disember 2012.

Dalam perkembangan terbaru, selain terlibat dengan Mentor Legend, penyanyi lagu “Sepi Sekuntum Mawar Merah” itu kini sedang mengumpul material bagi album studio terbarunya dan dia juga sedang merancang sebuah projek istimewa berduet bersama anak saudaranya, penyanyi Kaka Azraff.

ELLA BERHIJAB




~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. cantik ella bila dah pakai tudung..

    BalasPadam
  2. Cantiknya Ella bertudung... Plus sifat dia yg manja-manja tu lagi ngam. huhu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.