JJCM NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI



Assalamulaikum Dan Selamat Malam...

Imbas kembali saat Bonde bercuti di Langkawi awal bulan yang lalu, Bonde sempat singgah makan Nasi Dagang Pak Malau.

Siapa tak kenal Nasi Dagang Pak Malau, Nasi Dagang Pak Malau memang dah terkenal dan sudah tersenarai dalam 10 Tempat Makan Menarik wajib singgah kalau ke Pulau Langkawi.

JJCM NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Bonde dan rakan-rakan #trippulau kali ni memang awal-awal dah bercadang akan singgah dan JJCM disitu.  Tapi kalau nak bersarapan disini anda kene datang awal kerana Kedai Pak Malau yang telah popular ini seawal jam 8.00 pagi dah dipenuhi dengan pelanggan.  Kami pun terpaksa tunggu turn dalam 10 minit untuk dapatkan meja dan kerusi kosong.

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Potret Pantun ini menjadi perhiasan dinding Kedai Pak Malau.  Bila mengingati nama Pak Malau kita pasti teringat akan pantun ini.

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Kedai Pak Malau ini dihiasi dengan barang-barang lama dan antik ini menjadikan satu tarikan kepada pelanggan dan pelancong yang datang.  Pelbagai khazanah ada diantaranya mesin getah, mesin jahit lama, kereta lembu, tempayan pelbagai saiz, penumbuk padi, sudip kayu, pongkes rotan, bubu ikan dan pelbagai barang-barang antik yang lain.  Kenangan lama mencuit hati!


Dan diatas kereta lembu ini juga diletakkan pelbagai jenis lauk pauk untuk dimakan bersama Nasi Dagang.

Antara lauk yang disediakan ialah Kurma Kambing, Ayam Kampung, Ayam Goreng Berempah, Daging Kerutup Dan Gulai Ikan Tongkol.




Selain dari menu Nasi Dagang, terdapat juga kuih muih disini antara kuih muih yang sempat Bonde rasa pada hari itu ialah Kuih Karipap, Kuih Seri Muka dan Cucur Badak.


Bonde telah memilih untuk makan Nasi Dagang lauk Gulai Ikan Tongkol bersama acar timun dan Bonde suka yang pedas jadi ambil cili api lebih sikit dalam acar timun itu.


Yang lain pun dah ready dengan menu pilihan makanan masing-masing.. ready bergambar dulu sebelum makan....



Eh.. nape Bonde tak ada, rupanya Bonde tak ready lagi masa ni...


Ba chakkkkk! baru ada Bonde di situ... Tq Adik sanggup ambik pic sekali lagi!


Pada hari ini Kak Yantie makan Nasi Dagang berlaukkan Rendang Itik, baru Bonde tahu Kak Yantie peminat tegar Itik. Emmm sedap katanya.


Lepas makan Bonde nak bersiar-siar di sekitar kawasan Homestay Pak Malau, Memang cantik sekali pemandangan disitu pada waktu pagi.

(Pic dari FB page)

(Pic dari FB page)

(Pic dari FB page)

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Satu masa nanti kalau datang ke Langkawi Bonde bercita-cita untuk menginap di Homestay Pak Malau... Ingin merasa suasana duduk dirumah ditepi sawah.  Ia adalah satu pengalaman yang belum pernah Bonde rasai.  Dan mengimpikan ianya terjadi... Oh Indahnya ciptaanmu...

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Sebenarnya meja dibawah pokok dibelakang itu adalah target kami nak makan dekat situ, sambil melihat pemandangan hijau sawah luas terbentang... Tapi semasa kami tiba di Kedai Pak Malau.. meja tersebut penuh dengan pelanggan yang datang lebih awal. tak de rezeki kami nak duduk disitu hari ini, may be next time!

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Antara aksi-aski kami yang sangat teruja diatas bendang sawah....

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Bagi siapa yang tak pernah tengok padi dari jarak dekat, ini ada Bonde rakamkan gambar padi dari dekat untuk anda!

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI
 
NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI


NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Subhanallah cantik sekali pemandangan disini... rasa tak nak beranjak dari sini...

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Tibalah masanya untuk kami meneruskan perjalanan kami pada hari itu..... Sebelum pulang sempat kami merakamkan gambar bersama Pak Malau,  Untuk pengetahuan anda Pak Malau sangat friendly dan mesra dengan semua pelanggan yang datang ke Kedainya, tidak hairanlah memang Kedainya ramai pengunjung tempatan dan pelancong luar Negara!

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Sebelum terlupa, Sebenarnya Pak Malau ni padai buat Magic, jika anda pelanggan yang bertuah dapatlah saksikan magic dari beliau...

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

Terima kasih Pak Malau nanti Bonde datang lagi.... InsyaAllah.

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI

NASI DAGANG PAK MALAU DI LANGKAWI



Untuk info lanjut :
Sebarang tempahan call : 012-2711977
Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar,
07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Waktu Operasi : 8pagi – 2petang.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Bestnya bonde! Taktau pulak dkt langkawi ada nasi dagang. Trbaik !

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.