CERITA RAJA BUAH... DURIAN MUSANG KING



Assalamualaikum Dan Selamat Tengahari...

Malam Semalam Bonde dapat melepaskan keinginan untuk makan Durian... Sebenarnya dari Langkawi hari tu dah terpandang-pandang buah Durian ni. Bila balik makin menjadi-jadi pulak dok teringat-ingat Kebetulan Kanda di minta oleh rakan kerjanya untuk membeli buah Durian kononnya Kanda tu pro dalam memborong Durian yea ke napa Bonde tak tahu pun sebelum ini? hi hi hi.

Baiklah dah alang-alang membeli baik Bonde duduk makan dekat situ.. Sebab kalau hidu bau sahaja, Boleh pusing kepala lepas tu pening lalat.

Tempat kami beli Durian ni area Cybervalley Dengkil,  Durian dijual dekat atas lori tepi jalan...

Tapi ini bukan macam Durian yang viral tu yea! ishhh jangan diingat-ingat lagi potong selera nak makan nanti.

Disebabkan masa kami singgah tu dah menunjukan jam 11.00 malam.. Dan nampaknya kamilah pelanggan terakhir semalam dapatlah Bonde rasa Durian 3 Jenis dibawah :
Musang King  Rm 30-40 sekilo


Harga durian ni memang agak mahal tapi rasa dia 5 Bintang..... memang sangat sedap... tengok je dah tangkap leleh.

Durian IOI Rm 20-25


Durian Kampung RM 12-18 Sekilo


Syukur dapat makan Durian... memang puas hati sangat, yummy... makan sampai jilat jari tau. betapa sedapnya...

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. sedapnya bonde..i ilke so much

    BalasPadam
  2. uiiii..mao shan king tu..fuh! fuh! saya dengan wife memang kaki durian, rasanya minggu lepas berulang kali juga beli durian. masih belum berkesempatan nak rasa durian gred AAA ni, kami makan durian tembaga je..cukuplah..hehehe.

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
  3. salam..
    hi yaya singgh melawat sini.
    wahh nmpk cntik isi kuning tu..aummm ^o^

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.