Selalu guna air sejuk sahaja.. iaitu air paip... (nampak sangat malas lepas ni kene guna air suam-suam gitu)
Dulu beli scrap muka dan guna hari-hari rupanya salah kene guna seminggu sekali je (hadoi...)
Lepas tu memang suka kesat muka dekat tuala (hadoi ini memang kerap buat konon nak cepat kering)
Anda semua baca apa yang ingin Bonde kongsikan ini. Mungkin anda boleh merubahnya.
Ramai yang salah ketika membasuh muka. Walaupun nampak mudah, hanya perlu basahkan muka, gunakan pembersih wajah, kemudian bersihkan dengan air, ia sebenarnya lebih daripada itu. Sesetengah orang mengambil ringan soal ini, sebenarnya merosakkan wajah mereka sendiri. Entri kali ini menjelaskan tentang 10 kesalahan yang dibuat ketika membersihkan wajah.
Pembersih muka yang sesuai dengan anda harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap, tetapi tidak mengurangkan kelembapan semula jadi muka anda. Memilih produk yang salah akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau iritasi pada wajah.
2. Jangan ‘terlebih’
Membersihkan muka sekali atau dua kali setiap hari adalah bagus. Terlebih melakukannya mengganggu penghasilan minyak semula jadi yang baik untuk kulit. Apabila anda tidak mengenakan solekan, berpeluh terlalu banyak mahupun terdedah kepada sinar matahari, elakkan penggunaan pembersih wajah secara keterlaluan pada waktu malam.
3. Salah suhu air
Kata orang, air panas akan membuka liang dan yang sejuk menutupnya semula. Kenyataannya, liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Walaupun air panas memberi keselesaan pada wajah anda, ia sebenarnya membuatkan ia menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka anda.
4. Skrub wajah
Anda boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai.
5. Tidak bersihkan betul-betul
Tidak membersihkan muka dengan betul akan menyebabkan pori tersumbat. Walaupun sedang mengejar waktu, usah ambil mudah soal ini. Bahagian bawah rahang, garis rambut, dan hidung selalu dibiarkan. Tunjukkan sedikit kasih sayang padanya, bersihkan juga kawasan-kawasan ini.
6. Guna produk dengan bahan kimia
Elakkan penggunaan produk yang mempunyai bau, pewarna atau bahan kimia. Campuran bahan-bahan ini di dalam produk kecantikan yang anda gunakan boleh menyebabkan iritasi pada kulit muka terutamanya jika ia jenis sensitif. Baca label kandungan bahan dalam produk sebelum membelinya.
7. Gosok dengan tuala
Pedapkan, bukan gosok muka dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan anda rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit anda menurun. Paling mudah untuk menerangkannya, ia menggalakkan kulit menjadi kendur.
8. Tangguh guna pelembap
Bagi memaksiumumkan penyerapan pelembap wajah, lakukan ia sebaik sahaja anda selesai membersihkan muka. Begitu juga jika anda menggunakan sebarang serum atau produk perawatan wajah. Membiarkan muka kering terlebih dahulu sebelum mengoles pelembap ke wajah hanya akan menyukarkan proses penyerapan bahan aktif ke dalam kulit anda.
9. Beli produk ‘itu-ini’
Sekiranya anda mahu membeli sebarang produk kecantikan untuk kegunaan masa depan, elakkan jenama yang tidak dikenali. Belilah produk yang mempunyai kandungan bahan natural dan memberi kebaikan kepada kulit anda dalam jangka masa panjang seperti serum.
10. ‘Takut’ minyak
Ramai yang takutkan produk berasaskan minyak. Khuatir ia menutup pori. Sebenarnya produk ini antara yang terbaik. Minyak berkesan untuk menanggalkan kotoran secara berkesan. Carilah produk berasaskan minyak yang ada campuran tumbuh-tumbuhan seperti aprikot, bunga matahari, dan biji anggur. Ratakan minyak pada wajah dan lap bersih dengan kain yang direndam dalam air suam. Kemudian bolehlah dibersihkan dengan air.
3 Ulasan
muka fae teruk berjerawat huhu
BalasPadamsaya paling malas nak cuci muka...jarang sangatlah nak cuci ni...terus mandi jer.
BalasPadamwah !! best tips bonde nih.. hee~ nanti saya kena cek balik la cara saya cuci muka.. nak bandingkan dengan tips yang bonde kasik..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.