Assalamualaikum dan Selamat Petang...
Pertama kali Bonde cuba masak Menu ni, Sebab teringin makan dengan lemang adoiii sedapnya... Masa malam raya hari tu, Bonde Masak Sebanyak 4 kilo Daging.
Bonde just follow resepi dekat bawah, cuma tambahkan kuantitinya.. (pandai-pandai buat kira-kira nak lebihkan mana yang patut sebab buat 4 kilo daging)
Resepi asal: Madiha
RESEPI DAGING MASAK PALEMBANG
Bahan-bahan:
4 kg daging - potong lebar dan nipis
10 batang serai - dititik
2000ml santan pekat - (Bonde tambah kerisik 4 senduk)
1 Botol kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak
(5 sebiji bawang besar yang dibelah 6)
Bahan kisar:
4 labu bawang besar
10 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
4 cm halia
6 cm lengkuas
4 senduk cili kering yang telah dikisar
Rempah penumis:
6 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
Cara Memasak Daging Masak Palembang:
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
Selamat Mencuba yea...
Sesuailah nak buat open house nanti..
2 Ulasan
lebih kurang rendang hitam ye bonde, nampak sedap tuu :)
BalasPadamauwww sedapnyaaaa..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.