Assalamualaikum Dan Selamat tengahari,
Dah 8 Syawal hari ni, InsyaAllah hari ini Bonde Mula berpuasa dimulakan dengan puasa ganti terlebih dahulu.
Lafaz niat seperti berikut :
NIAT PUASA GANTI/QADA FARDU RAMADHAN
|
NIAT PUASA GANTI/QADA FARDU RAMADHAN |
Apa itu Puasa Ganti?
Puasa ganti secara zahirnya dapat kita definisikan sebagai mengantikan puasa yang di tinggalkan khusus pada bulan Ramadhan. Ia melibatkan setiap individu Muslim lelaki dan perempuan yang mukallaf.
Wajib bagi setiap individu yang meninggalkan puasa Ramadhan untuk mengantikan nya sama ada dengan keuzuran atau tanpa keuzuran.
Tapi ramai yang keliru berkaitan Puasa Ganti/Qada dan Puasa Enam Syawal mana yang perlu didahulukan... dan Bonde ada Info untuk anda semua yang keliru tentang puasa ganti qada atau Puasa Enam Syawal?
Puasa Qada Atau Enam Syawal?
Mana yang perlu diutamakan, puasa qada atau puasa enam buan Syawal? Berikut adalah tiga pandangan berkenaannya:
1. Pelaksanaan :
Puasa qada dahulu, kemudian puasa sunat Syawal.
Dalil
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya :
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan diikuti dengan enam hari pada bulan Syawal, maka akan mendapat palaha sepanjang tahun". (Riwayat Muslim)
Huraian:
Hadis ini menyatakan bahawa perlu mengganti puasa Ramadhan dahulu, kemudian dilengkapkan dengan puasa sunat Syawal.
2. Pelaksanaan :
Puasa sunat Syawal dahulu, kemudian puasa qada
Dalil :
Berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqada sebungga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata : "aku memiliki hutang puasa pada bulan Ramadhan. Aku tidak mampu menggadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasullulah s.a.w" (Sahih Muslim)
Huraian :
Hal ini disebabkan puasa sunat Syawal waktunya terhad dalam bulan Syawal sahaja, manakala puasa qada boleh ditunaikan dalam jangka masa yang lebih panjang.
Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujag bahawa tidak mungkin Aisyah tidak berpuasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau menggada puasa Ramadhan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadhan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa surat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
3. Pelaksanaan :
Berniat puasa qada dan apabila puasa qada tersebut berketulan dengan hari-hari yang disunatkan, maka akan mendapat pahala puasa sunat sekali.
Dalil :
Ijtihad dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama fiqah seperti Sheikh Zakariyya al-Ansari, sheikh ' Atiyyah Saqr dan Kebanyakan ulama Shafiyyah.
Apabila amalam wajib dilakukan bertepatan dengan waktu yang disunatkan, maka pahala sunat akan turut diperoleh. Contohnya, apabila masuk ke dalam masjid dan didapayi solat fardu sedang dilakukan oleh jemaah, makan hendakkan terus menunaikan solat fardu berjemaah dan pahala sunat tahiyat al-masjid juga diperoleh. Sheikh Zakariyya al-Ansari menyatakan apabila berpuasa qada dalam bulan Syawal, maka pahala puasa enam akan turut diperoleh kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah s.a.w agar berpuasa pada bulan Syawal.
Kesimpulan : Hendaklah qada terlebih dahulu puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadhan. Sekiranya ada kesempatan, bolehlah diteruskan dengan puasa sunat Syawal. Jika tiada kesempatan, moga-moga puasa qada pada bulan Syawal ituakan mendapat pahala puasa enam sekali.
sumber info : Solusi
Bilakah Waktu Untuk Melakukan Qada Puasa Ramadan?
Qada puasa atau ganti puasa Ramadan boleh dilakukan seawal 2 Syawal sehinggalah sebelum masuk Ramadan pada tahun berikutnya.
Secara mudahnya, anda mempunyai lebih kurang satu tahun untuk melakukan puasa ganti.
Lakukan puasa ganti secepat mungkin. Ini kerana puasa ganti wajib ditunaikan sebelum tibanya bulan Ramadan seterusnya.
Hari Yang Diharamkan Berpuasa
Sepanjang setahun itu, dibolehkan untuk berpuasa ganti bila-bila masa sahaja, kecuali pada hari yang diharamkan berpuasa.
Antara hari yang diharamkan berpuasa adalah:
Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal
Hari Raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjahh
Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Jika Puasa Tidak Sempat Diganti
Jika gagal dan tidak mengqada’nya sehinggalah tiba bulan Ramadhan yang berikutnya, dia berdosa dan
WAJIB membayar fidyah.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.
Iaitu memberi makan golongan fakir sehari secupak makanan kebiasaan penduduk negeri setempat dan hendaklah menggandakan fidyah tersebut mengikut bilangan tahun yang ditinggalkanya.
Moga kekeliruan anda terungkai dengan perkongsian ini, Jika ianya bermanfaat sila kongsikan kepada yang lain.
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
good sharing bonde..:)
BalasPadamteima kasih atas info ni
BalasPadamSINGGAH SYAWAL
BalasPadamhttp://belogs.blogspot.my/2016/07/pengikut-besar.html
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.