Detox Bersama Biji Chia Seed Cosway



Detox Bersama Biji Chia Seed Cosway Assalamualaikum Dan Selamat tengahari...Bonde dah mula nampak balik iklan penjualan Chia Seeds di FB yang di letakkan dalam botol cute sahaja...mudah nak bawa kemana-mana, tapi Bonde beli Chia Seeds di Cosway masih ada stok sebab..hanya Bonde seorang yang mengamalkan minum dan makan Chia Seed ni... Resepi air detox cara Bonde.

Detox Bersama Biji Chia Seed Cosway


Chia Seed Brand Cosway



Jomlah minum air Chia Seed, sebab anda akan rasa nak minum lagi.. sedap seronok sangat, kunyah-kunyah biji Chia Seed tu tau! Biji Chia Seed buat kita rasa kenyang sepanjang hari... sesuai sangat untuk diet ha ha ha... selain itu, Biji Chia seed nie boleh dimasukkan kedalam adunan muffin dan roti. Biji Chia seed mempunyai serat yang bagus untuk penghadaman. 



Chia Seed Brand Cosway
Sumber : mingguanwanita

Biji Chia atau chia seeds adalah antara herba paling sihat yang semakin digemari kini. Mengandungi nutrisi yang amat penting untuk tubuh dan otak. Biji hitam dan putih kecil ini telah diangkat sebagai makanan kesihatan bagi kaum Maya dan Aztec. Malah Chia adalah perkataan dari suku Maya yang bererti kekuatan.
Chia Seed Brand Cosway

Biji Chia ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna putih. Namun begitu kandungan nutrisi yang diberikan sama sahaja. Keduanya berasal dari keluarga tumbuhan yang sama tetapi ditanam di tempat yang berbeza.

Chia Seed Brand Cosway

Perbezaan antara Biji Chia Seed dan Biji Selasih

Biji Chia turut mengandungi sejumlah zink, vitamin B3 (niasin), kalium, vitamin B1 (tiamina) dan vitamin B2. Kandungan nutrisinya amat hebat. Boleh dikatakan hanya satu auns biji ini membekalkan hanya lebih kurang 137 kalori dan satu gram karbohidrat yang boleh dicerna.


5 Kandungan antioksidan yang terdapat dalam biji Chia amat tinggi yang amat berguna untuk kesihatan.

1. Biji Chia amat popular kerana dikatakan baik untuk membantu mengurangkan berat badan. Mampu mengurangkan rasa ingin makan melalui cara menghalang beberapa jenis makanan yang dimakan menyerap ke dalam sistem tubuh. (buat rasa kenyang)

2. Memakan biji Chia dikatakan mampu membantu membuatkan anda rasa kenyang. Ini kerana biji Chia mampu menyerap 10 kali ganda berat dalam air sekali gus membentuk banyak jeli. (wow hebat)

3. Biji Chia amat berguna bagi penghidap diabetes. Ini kerana biji Chia dikatakan mampu memperlahankan tubuh menukarkan karbohidrat kepada gula ringkas. Kajian menunjukkan ia mampu mengawal gula dalam darah. Ini membuatkan saintis mempercayai biji Chia boleh memberi kebaikan kepada pesakit diabetes. (Diabetes)

4. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa biji Chia mampu memperbaiki tekanan darah pesakit diabetes. Mampu meningkatkan kolesterol sihat dan merendahkan keseluruhan LDL dan trigliserid kolesterol. (masalah kolestrol)

Chia Seed Brand Cosway
5. Memakan biji Chia dikatakan mampu menambah pengambilan kalsium dalam tubuh anda. Dengan memakan biji Chia anda mampu mengekalkan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis yang amat ditakuti oleh wanita. (kesihatan tulang)


Chia Seed Brand Cosway

Cara Makan Biji Chia


Chia Seed Brand Cosway

~Biji Chia boleh dimakan mentah kerana ia memiliki rasa kekacang yang sedap. (yum yummy)


~Boleh direndam dalam jus buah mahupun air kosong. 

~Amat sesuai dicampurkan dengan bubur dan puding. 

~Selain itu, biji Chia juga boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam membuat roti, kek dan biskut. Berapa banyak pula biji Chia yang boleh dimakan? 

~Jumlah yang dicadangkan adalah lebih kurang 20 gram setiap kali anda makan.

Chia Seed Brand Cosway

Cara Bonde buat detox harian :

Air 1000 ml + 1 sudu Biji Chia Seed

Chia Seed Brand Cosway

Tadaaa....

Chia Seed Brand Cosway

Hampir habis dah...

Chia Seed Brand Cosway

Info : Kalau anda berminat nak cuba minum Chia Seed ni, anda belilah dekat Cosway berdekatan anda yea. atau cari dekat kedai jual makanan organik pasti jumpa... 

Selamat Mencuba!
d
 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Saya ada biji chia nie tapi tak reti nak makan camne.. tq bonda share sini.. nanti nak try..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.