Salam Dan Selamat Petang...
Bonde nak share resipi :
RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT BONDE STYLE
Senang sahaja nak buat dan paling ringkas... sesuai untuk dimakan masa berbuka puasa dan bersahur.
Bahan-bahan :
6 ekor Sotong (dibersihkan dan potong bulat-bulat)
2 Biji Telur
1 Biji bawang besar (potong bulat)
3 ulas bawang putih
5 biji cili api (boleh tambah jika suka pedas)
serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit cukup rasa maggi
sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak Sotong Goreng Kunyit :
Panaskan minyak masukkan sotong yang telah digaul dengan kunyit, setelah sotong berubah rupa (macam dah masak) masukkan bawang, bawang putih, cili api, garam dan cukup rasa maggi, gaul rata dan pecahkan telur. Bila telur dah masak rata bolehlah matikan api.
Taraaaaa... sedia untuk di hidangkan...
ringkaskan resipi ni... dah mudah sahaja.. yang penting rasanya sedap hu hu hu
Selamat Mencuba!
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
Ok, nanti as cuba...
BalasPadamresipi ringkas jer hi hi hi, selamat mencuba
Padam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.