Selamat Hari Guru untuk semua guru guru, ustaz, ustazah. Terima kasih juga atas segala tunjuk ajar dan semua teguran sahabat kerana semua orang yang mengajar adalah guru.
Semoga ALLAH membalas segala kebaikan dan menaikkan darjat semua sahabat dan guru- guru dan ustaz/ustazah dalam dunia ini, kerana semua orang juga adalah pendidik.
Semoga ALLAH merahmati semua dan sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang ALLAH♥
Ciri-ciri guru muslim sebenar seperti yg rujuk dan disebut oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin di antara lain adalah :
❤️1. Guru mestilah bersifat penyayang terhadap anak muridnya. Melihat anak muridnya sebagai anak sendiri dalam konteks memberi pelajaran dan mengasuh.
❤️2. Menjadikan Rasulullah sebagai gudwah. Guru hendaklah menjadikan Rasulullah sebagai ikutannya.
❤️3. Guru sentiasa menyekat murid-muridnya supaya tidak memberi tumpuan kepada sesuatu yang belum sampai masanya untuk diberi, begitu juga yang paling rumit dalam industri pengajaran dan pentarbiahan ialah bagaimana hendak menyekat pelajar-pelajar daripada berkelakuan negatif dengan cara hikmah supaya tidak berlaku tindak balas yang negatif kepada pelajar.
❤️4. Tidak merendah-rendahkan ilmu-ilmu tertentu dalam pengajaran, yakni yang baik itu faedahnya dalam kehidupan manusia, ilmu yang menunjuk jalan selamat ke akhirat
❤️5. Guru hendaklah mengikut tahap yang sesuai dengan umur dan akal pelajar dengan ilmu yang diajar
❤️6. Guru hendaklah beramal dengan ilmu. Hendaklah apa yang dikatakan sebagai " street forward" , apa yang dikatakan, itulah perlu dibuat.
2 Ulasan
Sekamat Hari guru.Sila share video guruku tersayang untuk guru tersayang anda.klik nama ucing (>.<)
BalasPadamindu nak sambut hari guru dekat sekolah lepas tu bagi hadiah dekat cikgu. Hehe :)
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.