Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Dah Lunch ke?... Bonde nak beri tahu pada anda semua dekat mana nak makan kambing grill yang sedap!
Kalau anda nak tahu, ada satu cafe di Shah Alam, menyediakan menu kambing grill yang sedap sekali! Kalau Ke Shah Alam jangan lupa..singgah dan makan,
CAFE CERITA KAMBING
Cafe Cerita Kambing, Anggerik Mall, Shah Alam
Cafe Cerita Kambing menyediakan perkhidmatan katering untuk :
- Majlis Keluarga
- Kenduri Aqiqah dan Kenduri Doa Selamat
- Event
-Majlis Korporat
- Majlis Perkahwinan
Masa Majlis Gathering yang lepas, makan tengahari telah ditaja oleh Cafe Cerita Kambing, Disebab Nama Cafenye pon sudah sebut Cerita Kambing. Tak sahlahkan kalau hidangan yang disediakan untuk kami tak ada kambing.
Bonde dah rasa kambing grill black papper Cafe Cerita Kambing memang sedap sekali, kambing yang perap dengan rempah ratus dan kemudiannya di grill dengan bawang dan cili bongala. Dagingnye yang lembut emmmm memang sedap sangat... merecik tengok gambar kalau tak rasa sendiri tau.
[ Kambing Grill ]
Ayam Masak Merah Cafe Cerita Kambing yang Bonde makan bersama Nasi Beriani memang sesuai sangat, Sedap sungguh Ayam Masak Merah ni tau, Bonde siap tapau hangatkan balik nasi dan lauk makan untuk malam sekali lagi.
[ Ayam Masak Merah ]
Walaupun Bonde memang peminat tegar kambing grill, satu kelemahan Bonde ialah tak suka makan kambing yang di masak selain dari grill. tapi masa gathering hari tu, Bonde ada cuba makan seketul kambing masak kari ni...
Subhanallah, rupanye sedap tak sangka! pertama kali makan kambing masak kari. ishhh malu nak tambah lagi... control ayu sikit Bonde!
[ Kari Kambing ]
Kambing selalunye kena makan dengan apa-apa sayur contohnya timun atau bawang, Acar timun ini memang sesuai sekali dimakan dengan nasi beriani , kambing grill dan kari kambing.
Pencuci mulut pula ialah pengat pisang... rasanya sangat sedap... dan disebabkan dah lama tak makan... so bertambah-tambah jadinya.
[ Pengat Pisang ]
Bonde nak mohon maaf sebab buat anda semua kecur dan terliur, jadi untuk anda yang nak merasai nikmat makan kambing grill Cafe cerita kambing terletak di Tingkat 1, Anggerik Mall, Shah Alam dan beroperasi bermula pada pukul 11.00 pagi dan dikatakan pada pukul 4.00 petang makanan di cafe mereka telah habis. Jadi kalau nak JJCM datang awal tau!
anda yang nak buat tempahan boleh juga hubungi chef sendiri:
Chef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah : 019 2816 308 ( tel ) | 019 3531 320 ( whatsapp )
FB Nor Aziah Dahari : https://www.facebook.com/noraziah.dahari
RB Endau Briyani Caterers :
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.