Assalamualaikum dan Selamat tengahari...
Suka nak kongsikan dekat sini tentang Fadhilat @ kebaikan ciuman... Moga dengan adanya entri ini dapatkan menyemarakkan lagi kasih sayang dalam keluarga kita.
1. Fadhilat Cium ANAK
Ciumlah , anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barang siapa keluar ke pekan & membeli barang-barang & kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat drpd Allah & tidak diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan "aku sayang anak aku" akan tersemat terus ke dalam jiwa.
2. Fadhilat Cium SUAMI
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yg ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.
3. Fadilat Cium ISTERI
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka.
Hati yang gundah, akan menjadi bahagia. Gelap kesedihan, akan menjadi cerah dengan keriangan.
Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
KESIMPULANNYA:
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin @ mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak diamalkan dari sejak mula berkahwin maka agak kekok pula jadinya bila dah beranak-pinak nanti.
Dan..... betapa rugilah mereka yang sudah berkahwin tetapi malu untuk mencium anak dan pasangan mereka sendiri...
Kalau dah mati baru nak cium dan peluk... Itu dah takde maknanya lagi. Dah jadi mayat kaku... tak de rasa apa selain sesalan yg penuh dengan rasa hiba & sedih.
MAKA, TERUSKANLAH MENCIUM ISTERI/SUAMI & ANAK-ANAK KITA DENGAN PENUH RASA CINTA & KASIH SAYANG ..
#selamatberamal
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.