REVIEW :FILEM MUNAFIK



Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Sabtu yang selepas Bonde uruskan tounoument Bowling di ARL Alamanda. Bonde plan nak tengok filem Munafik.  Desas-desus kawan-kawan mengatakan filem ni best, jadi tak nak lepaskan peluang nak menonton sendiri.


Lagipun cerita yang bergendre seram memang Bonde suka!!!

Tapi sayangnya kami tak dapat tengok dekat GSC Alamanda sebab dah penuh dan kehabisan tiket. Untuk tayangan yang seterusnya adalah jam 11.00 malam disebabkan kami memang nak balik awal dan esok Kanda ada program Bonde terpaksa survey tiket dekat TGV D'pulze Cyberjaya.

Yeay.... Kanda sukalah sebab nak tukar point ClubCard TGV..

Dapatlah kami menonton filem tersebut dengan 3 tiket percuma dan 1 sahaja yang kene bayar.


Bagi Bonde filem ni memang best seperti yang di katakan.  Kalau anda belum tengok filem ni, bolehlah baca sinopsis dibawah dahulu  :

SINOPSIS FILEM MUNAFIK


Adam (Syamsul Yusof) dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami.



Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.


Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir.



Dalam masa yang sama, Maria (Nabila Huda), salah seorang penduduk di Kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius).



Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.





Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya.



Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda.

Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya.

FILEM : MUNAFIK


Tarikh Tayangan : 
25 Februari 2016

Genre : Seram

Klasifikasi: PG13

Pengarah : Syamsul Yusof

Terbitan : Skop Productions Sdn Bhd

Pelakon : 
yamsul Yusof, Nabila Huda, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, Fizz Fairuz, Dato Rahim Razali, A.Galak, Zarina Zainordin, Ruzlan Abdullah

sumber : infotaip 
Pic : google

Selamat Menonton!

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Bestnya. ..nk tgk tp anak takut cerita hantu

    BalasPadam
  2. HI saya belum tengok lagi..mungkin tengok waktu siang je nanti tak tidur.hehehe Hi Awak Mari Jawab 4 soalan Ucing.Ada Berani .? :cool:

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.