Isu hangat dekat berita sekarang ni, tentang Virus Zika,
Apa itu Virus Zika?
Virus Zika merupakan sejenis virus daripada keluarga Flaviviridae dan genus Flavivirus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes. Virus ini boleh memberi kesakitan yang ringan kepada manusia dan ia dikenali sebagai demam Zika atau penyakit Zika, dimana penyakit tersebut mula diketahui berlaku di kawasan khatulistiwa Afrika dan Asia sejak 1950-an.
Kesakitan tersebut adalah satu bentuk penyakit ringan daripada demam denggi,[1] dimana ia dirawat melalui rehat[2] dan tidak boleh dicegah melalui ubat-ubatan atau vaksin. Penyakit Zika mempunyai kaitan dengan demam kuning dan virus Nil Barat yang dibawa oleh flavivirus bawaan artropod yang lain.
Pada 2014, virus ini merebak ke timur merentasi Lautan Pasifik ke Polinesia Perancis, kemudian ke Pulau Easter dan pada tahun 2015, ia merebak ke Amerika Tengah, Caribbean dan kini ia merebak ke Amerika Selatan sebagai satu wabak besar. Pada Januari 2016, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mengeluarkan panduan perjalanan bagi negara-negara terjejas, termasuklah panduan langkah berjaga-jaga yang dipertingkatkan dan pertimbangan untuk menangguhkan perjalanan serta panduan untuk wanita hamil. Agensi-agensi kesihatan dan pemerintah lain turut mengeluarkan amaran yang serupa, manakala negara-negara seperti Colombia, Ecuador, El Salvador dan Jamaica, menasihati wanita untuk menangguhkan kehamilan sehingga risiko mengenai virus tersebut dapat lebih diketahui.
sumber info : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Bagaimanakah ia merebak?
Disebarkan melalui nyamuk
aedes - bergantung kepada spesis.
Aedes jenis aegypti, paling
banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan
Hawaii.
Namun baru-baru ini, ia turut
ditemui di Washinton DC yang bercuaca panas.
Aedes jenis albopictus
dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh
mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim
panas.
Nyamuk aedes biasanya
menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan
memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.
Nyamuk Aedes Jenis Aegypti
Simptom utama demam Zika
- Sakit
kepala
- Ruam pada
kulit
- Sakit
sendi
- Mata
kemerahan
Rawatan
Seperti denggi, sehingga kini
belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus
Zika.
Kesan virus Zika
Virus Zika yang merebak akan
menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam
kandungan.
Bagaimana Zika boleh menyebab kecacatan otak pada janin?
Virus Zika boleh tersebar
menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko
dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan
pertama.
Sindrom microcephaly
disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan
kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup
mereka.
Vaksin virus Zika dijangka siap Ogos ini - Saintis AS
Sukar halang virus zika masuk Malaysia, kata KKM
Baca disini : Sukar halang virus zika masuk Malaysia, kata KKM
PENYEBARAN VIRUS ZIKA
Bagi Bonde bahaya ada dimana-mana? apa yang perlu kita semua buat adalah menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah. Bersihkan kawasan rumah dengan bekas tadahan air untuk mengelakkan pembiakkan jentik-jentik.
Jom gotong-royong bersihkan kawasan rumah !
~ Bonde Senyum Riang ~
Jom gotong-royong bersihkan kawasan rumah !
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.