SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada dua pengusaha restoran di sebuah pasar raya di sini yang mengenakan harga minuman tinggi kepada pelanggannya.
Penolong Pengarah Kanannya, Yusof Bakar berkata notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 itu dikeluarkan semasa pemeriksaan dijalankan di premis itu hari ini.
"Kedua-dua restoran itu didapati mengambil keuntungan berlebihan. Sebuah restoran didapati mengenakan milo ais pada harga RM5.90 sementara sebuah lagi restoran mengenakan Milo ais pada harga RM6.70 dan air suam RM0.80.
"Di bawah notis ini, kedua-dua pengusaha restoran diberi tempoh seminggu untuk beri penjelasan dan jika gagal, mereka akan dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita di sini.
Justeru, beliau menasihatkan pengguna berwaspada dan berhati-hati berbelanja di restoran yang mengenakan harga makanan atau minuman yang tinggi.
Pada awal tahun ini, pengendali sebuah medan selera di pasar raya besar di Petrajaya telah menerima notis tunjuk sebab dari KPDNKK Sarawak kerana dipercayai menjual minuman dengan harga melampau.
Sebenarnya dulu masa zaman kanak-kanak milo tu tak sempat jadi air minuman... sebab akan makan milo kering dengan sudu semangkuk tak cukup, siap curi-curi lagi mengambilnya.
3 Ulasan
skrg nak ajar diri order air suam je,hehehe atau pun lemon panas kirang gula katanya hehehe
BalasPadamdah comel blog bonde z skrg...lagi2 tang header
BalasPadameverything mahal now...
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.