GUSI BENGKAK APA PUNCANYA...



Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Adoiii sakinya mulut dengan rasa berdenyut-denyut nak nages rasanya... Bagi Bonde biarlah sakit lain dari sakit bengkak gusi dan sakit gigi ni...

Tertanya-tanya dihati kenapa boleh dapat bengkak gusi ni ?

mengobati sakit gusi bengkak

PUNCA GUSI BENGKAK

- Kurang Vitamin C 
(Makan buah Limau, memang suka dan selalu makan)

- Malas nak mengosok gigi 
(Rasanya 2 hari sekali dah gosok gigi)

- Ada juga disebabkan Pemakanan
(Yang ni Bonde tak kaji lagi sebab baru-baru ni, Malam Selasa memang ada makan seafood)

Semalam hari pertama, usaha Bonde nak baik dengan makan ubat tahan sakit, setiap 4 jam kene makan.. sebab kalau tak makan ubat tu, gusi mula berdenyut balik.

Baiklah hari ini, Bonde nak cuba cara tradisonal pula dengan menggunakan bahan-bahan tersebut :

RAWAT GUSI BENGKAK CARA TRADISIONAL DAN BAHAN SEMULAJADI


Garam 
Ambil sesudu garam letak dalam segelas air suam kacau garam bagi larut dan kumur-kumur dengan air tersebut.

Madu
Ambil madu dan sapukan pada bahagian yang bengkak 3 kali sehari kerana :

Madu adalah bahan makanan yang memiliki banyak manfaat. Dalam madu terdapat zat yang baik bengkak akan mula susut. InsyaAllah.

Lemon
Ambil sebiji buah Lemon bahagikan kepada 2 bahagian,guna sebahagian sahaja dahulu perahkan Lemon  dan letak dalam segelas air suam dan kumur-kumur dengan air tersebut.

Banyakkan Minum Air Putih
Perbanyakan minum air putih untuk mengurangkan bakteria pada mulut dan juga ia menggantikan fungsi air liur yang berkurangan dengan minum air putih dengan banyak.


Moga dengan cara tradisional ini dapat mengurangkan gusi Bonde yang bengkak ni.

Sambil menaip entri ni, Bonde dah dapat kesan punca gusi bengkak ni, mungkin disebab cuaca panas sekarang dan seharusnya Bonde kena minum air kosong lebih dari biasa. Betul tak ?

Baiklah...

Anda semua jangan lupa minum air kosng lebih dari biasa yea.

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. nice sharing! dulu gusi sy selalu berdarah tp skrg dah x, mgkin lepas dah control pemakanan kot...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.