APA SALAH AYAM ????...




Assalamualaikum... Selamat pagi,

Tergelak dan tersenyum Bonde bila dapat membaca masage dari rakan-rakan group whatsapp share tentang gambar ayam ni..

APA SALAH AYAM ????...

cuba baca gambar rajah dibawah yea...

Itu hanyalah perumpaan sahaja.. tapi kebaikkan ayam ada banyak tau, nak tahu baca bawah ni :

~TELUR AYAM


Kalau digoreng, direbus, dan ada yang suka, makan telur separuh masak dan yang makan telur ayam mentah pun ada.

Tahukah anda?

Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. 

Ia merupakan sumber protein yang paling murah. Berbanding dengan ikan dan daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan. 

Kalau makan Telur,

Ia memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Selain itu ia tidak memberi kesan terhadap paras kolestrol. 

- Kalau telur Bonde suka makan yang separuh masak letak kicap & lada sulah.
- Kalau digoreng pula, Bonde suka makan telur Goyang (kuningnya separuh masak)
- Kalau direbus, Bonde suka buat sambal telur atau kari telur he he he


~PATI AYAM

Membantu meningkatkan kecergasan badan dan otak.

Mendorong pengaliran darah dengan lancar.

Membekalkan tenaga lebih yang diperlukan oleh badan.

Menggiatkan penghasilan darah.

Meningkatkan penyerapan zat besi sambil membantu mencegah anaemia.

Melindungi organ-organ tubuh badan daripada sebarang tekanan.

Meningkatkan pengeluaran susu badan bagi ibu selepas bersalin.

- Bonde pernah makan pati ayam brand je! tak berapa nak suka...

~SUP AYAM

Jika anda sedang berdiet, mungkin sup adalah salah satu menu yang menarik perhatian anda. 

Adakah anda tahu??

Bahawa para peneliti membuktikan bahawa sup ayam mempunyai kandungan zat-zat anti peradangan yang mampu meredakan peradangan akibat selsema.

Selain itu, 

Sup ayam yang mengandungi sayur-sayuran adalah lebih baik dan bermanfaat bagi kita. 

Jadi, bila kita diserang selsema, jangan terburu-buru untuk mengambil ubat-ubatan. Semangkuk sup ayam panas tentu lebih menyihatkan dan mungkin lebih berkesan. 

- 1 kemestian,  Kalau buat sup ayam mesti nak letak kentang dengan carot.. 

~KAKI AYAM

Khasiat kaki ayam adalah yang utama orang cakap awet muda dan makan kaki ayam juga dapat mencantikkan kulit. 

Selain itu,

Dapat Mencegah Osteoporosis iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak, dan patah. Ia biasanya tidak menimbulkan gejala kerana prosesnya berlangsung tanpa disedari

- Orang jawa panggil cakir ayam @ kaki ayam, Bonde suka makan kaki ayam ni buat Sup! makan dengan sambal kicap.

Kesimpulannya...

Banyak kebaikan Ayam tau... Ayam tak salah apa, cuma perumpaan sahaja memberi maksud tak sedap dibaca.

Jom buat sup ayam hari ni...

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.