Assalamualaikum dan Selamat petang...
Drama terbaru yang mengantikan Drama Tersuka Tanpa Sengaja ialah...
Sha dan Shah
Bonde baru sempat nak update dekat blog ho ho ho nampak tak Bonde sibuk kebelakangan ni... tapi tak per... cerita baru je lagi, di mainkan di astro ria 4 Januari 2016, jadi layan...
Tak kisahlah... Novel penulisan Sha Ibrahim yang ke 3, ini memang best dibaca... tak sangka pulak ia akan diadaptasi ke drama.
Anda yang nak tahu sinopsis citer ni, baca kat bawah yea...
[Sinopsis]
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha aka Sha dan Fariz Ameerul aka Shah. Sejak kecil, mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan melanjutkan pelajarannya keluar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.
Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah "dijodohkan". Perkara yang membuatkan Sha dan Shah 'blur' buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkannya dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.
Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya perancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju.
Tetapi benarkah wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkah dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini dengan lelaki yang tidak dicintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidpnya terikat sekiranya berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum hawa.
Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasangan-pasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri?

Lakonan Kamal Adli, Syatilla Melvin, Azwan Kombos dan Shima Anuar.
Jadi jangan Ketinggalan yea menonton Sha Dan Shah. Moga terhibur.
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.