CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
SINOPSIS CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah,
mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun
tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia?
Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia
Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin
dengan Ashraf.
Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia
Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku,
kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik
sungguh!
Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip
sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Dan dia hantar SMS…
Babe (Dia panggil aku babe.)
Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)
Lunch sama (Dia ajak.)
Okey (Aku nak.)
Kat mana (Dia tanya.)
Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)
Okey cantikkk… (Dia setuju.)
Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi
amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh
lupakan cinta aku terhadap Daniel.
Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?
part-part dalam drama
Masa ke lawatan bonde ke pesta buku yang lepas, Sempat juga bergambar dekat Banner nih... untuk promosi drama akan datang di TV3
Selamat Menonton :)
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.