Sinopsis
MIA KARMILA, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh
kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi
bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.Melalui
beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit
cinta yang tulus dalam hati mereka.
Adrian, lelaki macho, bergaya dan
kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai
kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain
bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.
Perubahan sikap Mia Karmila
benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun
syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila
menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila
terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya
memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah
apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya.
Siapakah Shahriman sebenarnya?
Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan
kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama
mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shahriman memadamkan rasa cinta yang pernah
hadir dalam hati mereka?
3 Ulasan
Rajin bonde baca buku..
BalasPadamwww.azlindaalin.com
Tak sabaar. Heheheh
BalasPadamBanyaknya drama adaptasi novel.... nasib baik ada Bonde sumber informasiku...
BalasPadamhehe...tq Bonde....
Nnt pesta buku 2016 klu jumpa as blanja makan ;)
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.