Salam Petang...
Kadang-kadang ada masa kita tak boleh nak tidur betul tak? Dah penat pusing sana, pusing sini, masih tak boleh tidur. Pada hal esk dah kene bagun awal nak kene pergi kerja.
Takut nanti lama-lama boleh jadi penyakit tak boleh tidur, Bonde nak kongsikan disini apa yang boleh baca, di web sihat cantik rapi :
Makanan Untuk Tidur Lena, Ada Ke?
Tahukah anda bahawa pemakanan juga mempengaruhi tidur? Pasti ada di antara anda yang sedang merana mengalami masalah kesukaran untuk tidur di waktu malam atau susah untuk terlena. Bagi anda yang mempunyai masalah ini, jangan risau lagi. Kami ada makanan yang dapat membantu tidur malam anda lebih lena dan berkualiti.
Makanan dan minuman ini akan membantu menenangkan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon serotin dan melatonin untuk membantu anda tidur dengan lebih lena. Namun, harus diingat agar tidak terus tidur selepas makan. Sebaiknya biarkan makanan diproses dan tunggulah sehingga dua jam selepas makan baru anda mulakan tidur lena.
Teh & madu
Minumlah teh sebelum tidur dan elakkan dari mengambil minuman berkafien yang tidak elok untuk kesihatan jika diamalkan selalu. Teh Chamomile dikatakan mempunyai kesan penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental. Manakala teh hijau mengandungi Theanine yang juga membantu manusia untuk lena dalam tidurnya.
Campuran sedikit madu ke dalam susu atau teh anda dikatakan berkesan memberikan tidur yang lena. Madu akan memberitahu otak anda untuk mengurangkan kerja orexinseterusnya membantu anda untuk lebih selesa ketika tidur.
Badam
Penting untuk sediakan kacang badam di rumah anda. Hal ini kerana badam mengandungimagnesium yang berupaya membantu manusia untuk mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Bukan itu sahaja, badam juga mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika tidur.
Pisang
Kandungan magnesium dan potassium yang baik di dalam pisang mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Jika anda mengambil pisang sebelum tidur, Triptofanyang terkandung di dalam pisang akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormonserotin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.
Flaxseed
Kalau anda nak tahu, flaxseed kaya dengan asid omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Flaxseed ini sesuai diambil ketika sedang mengalami stres atau tekanan berat. Tidur juga pasti akan lebih nyenyak.
Di samping itu pastikan juga tempat tidur sentiasa kemas dan bersih agar anda juga dapat tidur dengan keadaan yang selesa. Cubalah malam ini dan dapatkan tidur lena yang anda idamkan. -rp
~ Selamat Mencuba ~
3 Ulasan
ok kalau tak boleh tidur, bolehlah cuba makan apa yang disenaraikan di atas nih... he he he...
BalasPadamitu rupanye.. ok ok boleh follow tips nie
BalasPadambestnya..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.