Salam Selamat Malam...
Dekat sini Bonde nak kongsikan cerita semalam.. Bonde JJCM Ke :
STEAMBOAT EMPIRE
Beralamat : G.10-G.13, Gem In Mall, Mutiara Ville, Persiaran Sepang, Cyber 11, 63000 Cyberjaya. Dari pejabat Bonde hanya mengambi masa 5-10 minit untuk sampai.
Tengok apa yang Bonde dan Rakan ambil dekat Buffet yang telah disediakan, apa yang dimbil ni sememangnya sedap-sedap belaka, Bagi Bonde yang dah selalu makan Steamboat dah tahu mana yang sedap untuk dimakan.
fav Bonde ada ikan Dory
Pepahat pon ada fresh tau...
Shell tu sedap dan segala jenis seafood ada disini.
Ada pelbagai jenis fish ball, crab ball, prawn ball
Untuk Sup pula ada diberi pilihan untuk memilih sama ada anda sukakan Sup Ayam atau Tom Yam.
Sup Ayam
(Bonde dan Masiey pilih Sup Ayam)
Tom Yam
(Choi pilih Tom Yam)
Ada 2 jenis Sos ,
Gandingan serasi yang kuning ada rasa serai Bonde suka dan yang sebelah lagi adalah sambal kicap.. memang sedap dimakan dengan seafood dan fish ball
Selain dari buffet steamboat itu, ada juga disediakan :
Dim Sum dan Shushi
fav Bonde, semua sedap.....
JJCM kali ni Bonde bersama Masiey dan Choi.
Ehhhh candid ( Ini keje Masieylah ni)
Sebelum ke meja buffet... bergambar dulu :)
Jemput makan :)
Persekitaran Dalam Steamboat Empire
Semua jenis Buffet disediakan dalam peti beku.
Buffet Salad untuk mereka yang gemar makan Salad.
Desert
Selain dari desert Ice Krim, terdapat juga... Kuih muih tradisional dan puding... (tak ambil sebab dah kenyang next time nak rasa kuih muih tu)
View Luar Steamboat Empire
Harga makan di STEAMBOAT
EMPIRE,
PERCUMA
untuk kanak- kanak bawah 9 tahun!
Empire Buffet
Tengah hari (11.30 pagi -3.00 petang)
Isnin- Jumaat : RM22.90
Sabtu - Ahad : RM25.90
Makan Malam (6.30 petang-10.00 malam)
RM25.90
Ala Carte
RM15.90/seorang
(Harga termasuk Salad Bar, Dessert, Aiskrim dan Minuman ringan)
Bagi anda yang nak dapatkan info boleh dapatkan disini.
" Selamat Mencuba "
12 Ulasan
Seriously mmg nampak sedap..tempat dia pon nampak cozy :)
BalasPadamWah bestnya bonde. Macam tak sabar je nak pergi kesana. Nak makan sepuasnya.....
BalasPadambestnya..bila lah dapat pegi sini..best ni kalau dapat makan
BalasPadamnampak sedappp laaa...nak try
BalasPadamSedapnya...nak pergiler besok (khamis)... :-D
BalasPadambestnyaa murah .. tapi nmpk sangat2 eksklusif ♥
BalasPadamsyoknyaaa dulu i study dekat sana takda apa apa pun! macam desert! now apa apa pun ada!
BalasPadamYourFinanceDoctor
Yumm sedapnya nampakkk... Boleh cuba ni. Belanja famili ke mesti best!
BalasPadamwow, murahnya untuk 1 kepala ! I pun nak pergi makan buffet di cyberjaya ni la bila ada masa
BalasPadamni kalau ajak hubby mai sini syok ni.. dia suka steamboat.. TB pun suka .. nak pulak kuahnya yang lazat.. haaa.. kena la dengan tekak TB .. heee..
BalasPadamHowdy! This blog post could not be written any better! Reading through this post reminds me of my previous roommate! He always kept preaching about this. I'll send this article to him. Fairly certain he'll have a good read. Many thanks for sharing! gmail log in
BalasPadamNampak lazat makanan dia, harga pon boleh tahan
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.