JOM SERTAI PERADUAN ULAS NOVEL



Assalamualaikum dan Selamat pagi,

Anda peminat Novel Karyaseni, cuba anda tengok-tengok ada tak novel yang anda beli tu keluaran bulan Jun 2015.

Kalau ada jom sama-sama kita sertai :

Jom sertai Peraduan Ulas Novel :






3 langkah mudah untuk turut serta dalam#PeraduanBacaUlasDanMenang #karyaseni#penulisan2u 

CARA PENYERTAAN:



Langkah 1
Beli sebarang novel Karyaseni @ Penulisan2u terbitan Jun hingga Disember 2015. Tulis ulasan novel Karyaseni & Penulisan2u di Facebook peribadi. Lengkapkannya dengan maklumat novel yang diulas.

Langkah 2
Layari https://www.facebook.com/Karyaseni tulis judul ulasan dan paste ulasan pada 'ruangan status' di Wall laman Facebook Penerbit Karyaseni dan Jangan lupa letak hashtag #karyaseni #penulisan2u untuk memudahkan kami menilai ulasan anda.

Langkah 3
Sila klik Post dan ulasan novel anda akan terpapar di Facebook Penerbit Karyaseni




Ni pula SYARAT PENYERTAAN peraduan Baca, Ulas & Menang!

Baca betul-betul syarat dan cara penyertaan ok!

a) Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Karyaseni & Penulisan2u.

b) Peserta boleh mengirimkan seberapa banyak ulasan buku, tetapi setiap ulasan perlu asli dan bersumberkan buku terbitan Karyaseni dan Penulisan2u yang berlainan.
***Penting : Ulasan mestilah ditulis dengan ejaan penuh.

c) Pihak penganjur berhak mencetak atau mempamerkan maklumat serta gambar penyertaan untuk sebarang tujuan pengiklanan dan promosi, atau mengumumkan nama pemenang dalam media cetak mahupun elektronik bagi tujuan yang berkaitan

.

d) Semua keputusan adalah muktamad. Sebarang penyertaan atau rayuan bagi membatalkan keputusan tidak akan dilayan.

TARIKH TUTUP : DISEMBER 2015


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. eeeee...!! best nya menang dapat kucing..!! hehehehehe... :)
    InsyaAllah nanti ain nak join la.. nampak mudah syarat-syaratnya tu..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.