DOA PELEMBUT HATI
Assalamualaikum dan Salam Jumaat,
Disini Bonde nak kongsikan Doa Asas untuk melembutkan hati seseorang...
Jumpa di Google...
Mari kita cuba...
Doa
asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan
peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar
daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu
memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di
antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi
tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi
Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut
hati
Mengikut
aturannya, bacalah:
Baca
surah Al-Fatihah
Al
Fatihah……………..
Baca
Ayat di Bawah:
Lauanzalna
hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca
ayat 1-5 Surah Taha
(di
bawah hanya disertakan maksud – baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1.
Thaahaa.
2.
Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.
Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.
Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.
(yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.
Kemudian
baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma
laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya
Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian
tiupkan ke air
Doa
di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan
tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk
kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan
baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan.
Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada
iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang
meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
*
di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri
sendiri
Sumber
:
Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran
Kasimin, Prof Dr. Haron Din
1 Ulasan
perkongsian yang bagus.. :)
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.