Bajet 2016 sebagai ‘pengukuh’



Assalamualaikum... Salam Petang..


Baiklah jom sama-sama pasang telinga dan buka mata, dengar bajet 2016 petang ni.. pastinya pejawat awam menantikan debaran "Bonus Tahunan" sama ada dapat atau tidak.

Bajet 2016 sebagai ‘pengukuh’


Kuala Lumpur: Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Institut Strategik dan Kepimpinan (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam menjangka Bajet 2016 sebagai ‘bajet pengukuh’ disebabkan banyak kekangan domestik dan luaran.

Ramon yang pernah menyertai barisan penggubal bajet kerajaan turut menjangkakan tiada kenaikan cukai atau perubahan cukai yang besar.
“Diharapkan akan ada pengurangan cukai bagi mengurangkan beban kenaikan harga yang sebahagian besar disebabkan inflasi yang diimport,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Beliau turut mengharapkan lebih banyak item dan perkhidmatan digunakan oleh golongan miskin dan berpendapatan rendah dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ramon mengunjurkan Bajet 2016 menyaksikan pengurangan peruntukan perbelanjaan pengurusan bagi mengurangkan kos manakala perbelanjaan pembangunan pula disalurkan secara berperingkat menerusi tempoh pelaksanaan lebih panjang.

Beliau menjangka projek yang membabitkan input asing pada kadar besar akan dikecilkan saiznya atau ditangguh dan secara berperingkat.
“Ini perlu dilakukan bagi mengurangkan kesan inflasi yang diimport terhadap kos pembangunan,” katanya.

Ramon turut berharap kerajaan memperkukuh dasar dan pelaksanaan Perkongsian Awam-Swasta (PPP), terutama membabitkan perbelanjaan pembangunan untuk bangunan prasarana dan perbelanjaan.

“Di bawah PPP, projek perlu diteliti dengan lebih mendalam bagi mendapatkan pembiayaan swasta. Ini dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan, hutang dan segala pembaziran yang dilaporkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara,” katanya. -BERNAMA

sumber : hmetro

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. apapun kesimpulan Bajet 2016 ni, Ain harap Malaysia terus aman, maju dan rakyat dapat hidup dengan gembira dan bahagia.... boleh ke...?? hehehehee... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bonde pon berharap Malaysia Sentiasa Aman, Maju dan Rakyat sentiasa dibela nasebnya... InsyaAllah Aamiin.

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.