SAMBAL PETAI IKAN BILIS BERSAMA 1 BAHAN PENYEDAP RASA



Assalamualaikum.... salam petang... masing masing tengah sebuk kat dapur yea... Masak hidangan makan malam malam ni... Pastikan masak sedap sedap tau.. masak dengan iklhas dapat pahala di samping zikir dalam hati...😆

Bonde nak kongsikan 1 resepi, resepi ni biasa-biasa sahaja... tapi ada tambahan sedikit bahan penyedap rasa terjadilah...

SAMBAL PETAI IKAN BILIS BERSAMA SESUDU CUKA APPLE 

PROJEK MEMIKAT SUAMI

Walaupun dalam seminggu jarang masak dekat rumah memandangkan... hanya berdua sahaja yang makan, Sesekali kenalah pikat suami dengan masakan kitakan... 

'Air tangan isteri tu... he he he'


Bahan-bahan:

200 gram Cili kering yang siap dimesin
2 biji bawang siap dipotong
5 tangkai petai muda
100 gram ikan bilis yang telah dibuang perut
1 sudu cuka apple (penyedap)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-caranya:

Panaskan minyak, masukkan cili kering yang telah dikisar, setelah garing, masukan ikan bilis, petai dan juga bawang, setelah agak masak semuanya.. masukkan cuka apple, gula dan garam.




Bonde tambahkan cuka apple adalah untuk penambah rasa... dan sambal akan tahan lebih lama dari biasa.

Dan cuka apple ada banyak kelebihannya...

Selamat mencuba...

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.