GANDINGAN SECOCOK ROTI NAN, KUAH PUDINA & KARI IKAN



8.30 Malam..

Merenung keluar jendela.... 

Nampaknya gerimis telah pun berhenti, Maka dengan sensirinya tekak dan perut minta diisi.

Kanda pun berkata-kata...

Kanda : Yang siap jom pi makan.

Bonde : Siap? Makan? kat mana ? Nampak tak disitu ada rasa yang sama... hu hu hu 

Suasana Malam begini, teringin pula nak makan Roti Nan Kuah Pudina... automatik terbau kuah pudina.


Roti Nan

Gemar makan Roti Nan dan juga kuah Pudina & Kari Ikan

Bonde memang suka makan Roti Nan semasa ia Panas lagi... Kalau dah sejuk memang tak sedap...

Saje-saje google resepi haah jumpa... besoklah buat pada yea senang jer nak sediakan bahan.

Roti Nan

Bahan-bahan :

375 gram tepung gandum
125 gram tepung naik sendiri
125 ml plain yogurt
1 sudu kecil serbuk yeast
250 ml air suam
1 sudu besar butter / marjerin / minyak masak
1 sudu besar gula
sedikit garam


Cara Nak Buat Roti Nan :

Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga timbul / berbuih. 

Sementara itu campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata. 

Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit. 
 
Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat2kan untuk di peram seketika ( sampai kembang dan gebu).

Canai leper , Bakar dalam kuali leper  tanpa meletakkan minyak dengan api kecik.

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.