CARA DAN RESEPI NAK MASAK PETAI HUTAN



Salam... Hai Ibu-ibu, Kakak-kakak masak apa malam ni...
Ok lah memandangkan stok Petai Hutan masih banyak...

Jadi Bonde nak kongsikan 1 resepi sambal tumis Petai Hutan yang sedap...

SAMBAL PETAI GORENG PEDAS




Bahan-bahan :

5 tangkai Petai Hutan
15 Biji Cili Api siap dikisar
200 gram Ikan Bilis (siap buang perut)
1 Biji Bawang Besar (hiris)
5 Biji Bawang Putih (hiris)
1 sk serbuk kunyit
Minyak untuk mengoreng
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara-cara memasak :

Potong petai seperti dibawah





(petai hutan dipotong tanpa buang kulit yea , jangan takut kulit nya tak pahit pun sedap tau!)

Panaskan minyak, masukkan cili api, goreng hingga garing selepas itu masukan petai, dan masukan ikan bilis, kacau petai dan ikan bilis untuk semuanya masak rata, masukan serbuk kunyit, gula dan garam mengikut selera anda, suka masin atau manis.

Angkat dan sedia dihidangkan :)

Noted : Makan petai senang lawas tau, jadi.. siapa tak tahan sakit perut makanlah berpada-pada pesanan ringkas dari penaja :)

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan