Petua Untuk Menggembirakan Hati Yang Sedih






Jom baca....

Petua Untuk Menggembirakan Hati Yang Sedih 



 1. Ubah Fikiran -



Anda tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat anda kecewa, sedih dan murung. 

Tetapi, anda boleh merubah fikiran anda dan apa yang anda fikirkan tentang situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik sahaja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan.


2. Hati Mesti ‘Keras’ -

Bukan keras sembarangan. 

Maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah s.w.t. menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tetapi balasan pada perbuatan kita di masa lalu. Buat baik, dibalas baik. 

Begitu juga sebaliknya. Sebelum masuk tidur, programkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. 

Lafazkan dengan nada berbisik. Bertenang. Bersabar. Jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baharu untuk anda. 

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baharu itu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

#ENSAIKLOPEDIAPETUAMELAYULAMA
 ~ BONDE :) RIANG ~

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. terima kasih diatas perkongsian bonde....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kita tempuh....

      Moga SA Happy selalu.....

      Padam
  2. Senyum2 selalu,jangan sedih2..tq bonde:)

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang baik bonde. Terima kasih kongsikan ilmu menggembirakan hati yang sedih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga setiap hari adalah hari gembira...untuk semua InsyaAllah

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.