MEE BANDUNG AYAM






MEE BANDUNG AYAM


Bahan-bahan :

200 gram Isi Ayam (boleh letak lebih kalau suka)
4 Bili Telur Ayam
10 sudu besar cili kering yang telah dimesin
10 sudu besar sos cili Adabi
5 biji bawang merah dimesin
5 biji bawang putih dimesin
600 ml air
1 bungkus Mee Kuning
2 Ikat Sayur Sawi Bunga
1/2 kobis panjang
1 batang lobak merah hiris panjang
2 bili cili merah untuk hiasan
3 batang daun bawang untuk hiasan
sedikit bawang goreng untuk hiasan
sedikit garam
sedikit sebuk cukup rasa maggi

Cara nak buat kuah Mee Bandung:

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dimesin, selepas garing masukkan cili kering yang telah dimesin goreng hingga garing, selepas itu masukan ayam, setelah ayam masak masukkan air dan juga sos, masukan lobak merah, sayur kobis dan sawi, setelah sayur layu masukan serbuk garam dan cukup rasa maggi, pecahkan telur dan kuah siap.

Untuk mee :

masukkan mee dalam mangkuk siramkan air panas didalamnya. gunakan kaedah celur, bila mee sudah kembang buangkan air.

untuk hidangan :

ambil sedikit mee letakkan dalam mangkuk, siramkan kuah mee bandung diatasnya.. taburkan cili merah dan daun  bawang serta bawang goreng...
(maaf gambar diatas x ade bawang goreng stok habis..)

sedia untuk dimakan...

Bonde tak letak seafood didalam kuah kerana.. sedang elergik seafood jadi menu ini sangat sesuai bagi mereka yang elergik seafood.

Selamat Mencuba

MEE BANDUNG AYAM

# Bonde Senyum Riang.







Catat Ulasan

4 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.